Sunday, 2 October 2016

HARNANI (8)

Tiba-tiba, terasa satu sentuhan di bahu. Aku pusing.

Iskandar.

“Ibu jangan nangis. Is ada.” tubuh Iskandar kupeluk erat. Tiada apa yang terluah dari bibir ini. Terkilan. Benar-benar kecewa melebihi segala kecewa yang emak dan arwah abah tabur dahulu.

“Is sedih tengok ibu nangis.” Iskandar bersuara lagi.

“Ibu? Iskandar? Kenapa panggil maksu ibu?” Ruhil. Aku tersentak. Tubuh Iskandar aku tolak jauh. Iskandar jua sama. Tampak terkejut dan risau. Mungkin risau dimarahi emak atau Abang Izmeth kerana ingkar arahan dengan memanggilku ibu.

“Sebab Is dan Zul kadang-kadang tinggal dengan Nani. Dah terbiasa. Sebab tu mereka panggil Nani ibu.” Emak pantas menjawab soalan Ruhil. Dahi Ruhil berkerut.

“Betul, Is?” Iskandar mengangguk lemah.

“Okay. Hm. Semua orang masuklah dulu. Ruhil nak cakap dengan Nani.”

“Alone.” sambung Ruhil.

***

“Mula-mula, kau suruh anak-anak aku panggil kau ibu. Lepas tu kau goda laki aku. Kau ni memang tak malu kan! Nak jadi perampas pulak ke!” Terngiang lagi kata-kata Ruhil tadi. Belum lagi tahu hubungan sebenar aku dan Abang Izmeth, sudah begitu reaksinya. Kalau sudah tahu, entah dibunuh pula aku agaknya.

“Nak jadi perampas pulak ke!”

Perampas? Benarkah aku perampas?

No comments:

Post a Comment