Tiga tahun berlalu begitu pantas. Dari seorang perempuan yang diselaputi ego, kini aku menjadi seorang perempuan yang penyayang. Hubungan aku dengan Abang Izmeth begitu erat. Iskandar dan Zulkarnain pula sudah terbiasa memanggil aku ibu. Bukan lagi maksu.
Bahagia.
Sangat.
Hinggalah pada suatu hari itu, aku menerima panggilan daripada emak. “Ruhil dah balik! Kakak dah balik!” suara emak sangat ceria. Agaknya sudah terlunas segala rindunya pada Ruhil.
Ruhil dah balik? Aku dipagut runsing. Akankah dia ambil semula Abang Izmeth dan anak-anaknya? Mereka bertiga sumber kebahagiaan aku hari ini, jika Ruhil ambil kembali, apa akan jadi pada aku? Terlalu banyak persoalan, namun tidak kutemu walau satu jawapan.
***
“Kita berlakon macam tak ada apa-apa yang jadi antara kita. Kita kena jaga jarak kita. Anak-anak akan panggil awak maksu di hadapan Ruhil nanti. Ini permintaan mak. Mak tak mahu Ruhil tahu yang kita dah kahwin. Mak takut Ruhil lari semula.” kata-kata Abang Izmeth menghiris jiwa.
Sekarang ini pun, aku sedang memandu sendiri ke rumah emak. Abang Izmeth dan anak-anak awal lagi sudah pulang dahulu. Kononnya tidak mahu Ruhil mengesyaki apa-apa. Lagi pun, Iskandar dan Zulkarnain rindu sangat pada mama mereka.
Aku cuba mengawal debaran di hati. Seolah ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Aku menghela nafas berat. Sebaik tiba, kereta aku parkir di luar halaman rumah. Langkah aku perlahan.
Sampai di muka pintu, dapat kulihat Ruhil yang memeluk manja lengan emak. Beruntungnya Ruhil. Walau pulang dari membuat silap pun dapat peluk mak sebegitu manja. Sedangkan aku? Tak pernah. Pernah dahulu aku cuba begitu, memeluk tangan emak namun emak tepis. Emak kata emak rimas.
“Harnani, masuklah!” seru satu suara di dalam rumah yang terperasankan kewujudan aku, Husni. Aku senyum dan melangkah masuk lalu menyalami semua yang ada. Kecuali tiga insan; Emak yang sibuk melayan Ruhil. Ruhil yang sibuk dimanjai emak. Dan Abang Izmeth yang sedang melakonkan watak sebagai abang ipar aku. Aku mengambil tempat di satu sofa yang kosong.
“Kakak ke mana?” soalku. Persoalan yang terbuku di dada melonjak-lonjak ingin keluar. Ruhil memandang aku sekilas.
“Mula-mula, kakak nak minta maaf kat emak, Husni dan anak-anak mama. Ruhil nak minta maaf dekat abang.” Ruhil memandang wajah Iskandar dan Zulkarnain sebelum berpaling memandang Abang Izmeth di sebelahnya, menghantar pandangan tidak tertafsir. Nama aku yang tidak tersenarai dalam senarai mohon maafnya tidak aku peduli, yang aku peduli cara dia memandang suami aku!
“It was my fault. Kakak terlalu kejarkan kerjaya kakak. Sampai lupa tanggungjawab yang ada. I am so sorry. Kakak mintak maaf sebab dah tinggalkan mak. Mama is so sorry for leaving both of you sayang.” dia menarik kedua-dua anak aku ke dalam dakapannya. Oh, anak-anak dia.
“To abang, Ruhil mengaku memang salah Ruhil. Kita kahwin semula, abang?” usulnya, benar-benar menyentap jiwa aku.
“No!” aku tegak berdiri.
“Kenapa?” Ruhil menyoal pelik. Dadaku berombak turun naik. Wajah Abang Izmeth aku pandang namun dia tidak membalas. Kepalanya menunduk.
“Nani? Kenapa? Kenapa pulak tak boleh? Ada sorokkan sesuatu dari Ruhil ke?” Ruhil menyoal lagi sambil memandang wajah-wajah yang ada.
“Tak ada.” Abang Izmeth. Abang Izmeth menjawab soalan Ruhil.
Tak ada?
Benar tak ada apa-apa?
Terluka benar. Pantas langkah kaki kubawa ke luar rumah, bersama rasa kilan yang menebal. Ke gazebo. Di situ aku menangis teresak-esak.
No comments:
Post a Comment