Sunday, 2 October 2016

HARNANI (10)

Pintu rumah yang terkuak menarik perhatian aku. Abang Izmeth masuk dengan wajah yang benar-benar kusut. Aku menyambutnya seperti biasa, menyalami dan cium tangannya.

“Abang okay?” Abang Izmeth senyum dan mengangguk.

“I have so much to ask you.”

Aku mengangkat kening sebagai ganti soalan, “apa dia?”

Lelaki itu menarik aku menuju ke sofa. Aku duduk di kerusi panjang, dia duduk di kerusi satu.

“Kenapa Ruhil diutamakan dalam keluarga, eh?” Mendengarkan soalannya, aku sedikit bingung. Tidak pernah lagi sebelum ini dia mahu membangkitkan soal ini. Namun begitu, soalannya tetap aku jawab setelah nafas dalam kuhela.

“Hm. Dari awal mak kahwin dengan arwah abah, mereka terlalu inginkan anak perempuan. Tapi bila Husni yang keluar, mak abah kecewa. Bertahun-tahun ambil masa untuk mak mengandung lagi. Dan bila mak lahirkan Ruhil, mak abah terlalu sayangkan dia. Setahun kemudian, Nani pula lahir. Padahal selepas mak abah dapat Ruhil, mereka tidak merancang untuk ada anak lagi. Sebab tu lah, kelahiran Nani seperti tak diundang.” jelasku panjang lebar. Abang Izmeth mengangguk kecil. Diam, sebelum menyeru namaku.

“Nani...”
“Perkahwinan kita... You once gave a big objection. Tapi akhirnya, awak sendiri yang setuju.” Terdiam aku seketika. Kenapa cerita lama dibangkitkan semula?

“Apa yang buatkan awak setuju?” sambungnya lagi.

“Kenapa?” soalku gugup.

“Tak ada apa. Abang saja nak tanya.” pandangannya tajam menala anak mata aku. Benar-benar menagih jawapan. Serba salah untuk aku menjawab. Takut takut jika akan meretakkan rumah tangga kami. Lagi-lagi dengan kemunculan semula Ruhil. Dalam hati, aku melepaskan keluh.

“Sebenarnya...”
“Say it.”
“Sebenarnya... Nani terima untuk berkahwin dengan abang, pada asal hanya untuk meraih perhatian emak. Emak minta Nani berkorban dan Nani fikir kalau Nani berkorban, sekurang-kurangnya emak akan hargai Nani. Nani minta maaf sebab Nani setuju dengan perkahwinan kita ni bukan atas dasar sayang.” aku menunduk. Betul-betul rasa bersalah.

“Abang faham.” ujarnya ringkas.

“Sekarang ni, apa perasaan Nani terhadap abang?” Aku mengangkat muka memandang dia. Tidakkah abang tahu perasaan Nani?

“Nani sayangkan abang.” jawabku laju dan tegas.
“3 tahun mungkin nampak singkat. Tetapi ever since Nani setuju kahwin dengan abang, Nani dah perjudikan hidup Nani. I choose you to be my husband. Nani ajar hati untuk jadi lembut. Dan Nani pilih abang untuk lindungi Nani. Mestilah Nani sayangkan abang. Nani sangat sayangkan abang.” masih bernada tegas. Dia mengurut dahinya.

“Kenapa abang tanya soalan macam tu? Abang tak sayang Nani ke?” soalan yang terpacul tiba-tiba. Aku tidak merancang untuk menanyakan soalan ini.

“Bukannya abang tak sayang Nani.”

Seperti kilat menyambar hati, pedih.

“Nani, abang minta maaf.”
“Ruhil cinta pertama abang. Dan... Abang masih cintakan dia. Maafkan abang, Nani. Abang cuba sayangkan Nani. Abang cuba lupakan Ruhil. Tapi abang tak mampu.” air mata Abang Izmeth mengalir di pipi. Dia menghampiri aku. Tubuhku dibawa ke dalam dakapannya. Aku? Menangis. Air mata yang sangat murah kali ini.

“I’m sorry. Sebab tu lah abang tak pernah sentuh Nani. Abang taknak tiduri Nani sedangkan hati abang masih pada Ruhil.”
“Abang tahu abang kejam. Abang gunakan Nani untuk jaga anak-anak abang. Bencilah abang kalau itu boleh ubatkan hati Nani.” Tubuhnya kutolak kasar. Air mata yang gugur laju tidak lagi aku hiraukan.

“Senangnya abang cakap. Kalau hati ni boleh membenci, Nani akan buat!”
“Tapi Nani tak boleh! Kalau hati ni boleh membenci, dah lama Nani bencikan Ruhil. Ruhil puncanya semua orang sisihkan Nani. Ruhil juga puncanya abang tak mampu untuk sayangkan Nani, walaupun sedikit. If and only if i have the strength to hate you, abang. I will.” teresak-esak aku.

Akar kebahagiaan, rupanya tidak selamanya elok.

Ya Allah, ampunkan dosa aku.

No comments:

Post a Comment