Sunday, 2 October 2016

DARI DALAM TEKSI (PAKCIK AMIN) (1)

"Helo. Pakcik Amin?"

"Helo. Assalamualaikum. Ye. Pakcik Amin ni." Kedengaran suara menyahut di hujung talian. Balqis tersengih menyambut salam Pakcik Amin, si pemandu teksi. Terlupa pula hendak bagi salam tadi! Balqis sengih lagi.

"Kenapa, nak?" Soal Pakcik Amin.

"Oh! Kitaorang dah nak balik ni. Kalau pakcik free, nak mintak tolong pakcik hantarkan kitaorang balik hostel." Jelas Balqis. 'Kitaorang' itu merujuk kepada dirinya, Nurul, Nor dan Athira.

"Ohh. Anak yang empat orang tadi tu ke? Yang nak pergi tengok cerita Munafik tu?" Pakcik Amin menyoal lagi. Kali ini disusuli tawa halus di hujung soalnya. Sebenarnya, Pakcik Aminlah yang menghantar mereka berempat ke Aeon Melaka tengah hari tadi. Sepanjang perjalanan, sempat-sempat juga Pakcik Amin dan gadis empat orang itu beramah mesra.

Balqis tertawa kecil. "Haah, pakcik. Kitaorang lah ni. Tapi kitaorang dekat Tesco tau, pakcik. Sebelah Aeon tu."

"Okay. Setengah jam lagi pakcik sampai. Pakcik nak lari ni." Sempat Pakcik Amin berseloroh lalu mencetuskan tawa lagi di bibir Balqis.

"Setengah jam lagi pakcik sampai." Beritahu Balqis kepada kawannya yang lain setelah talian dimatikan.

"Bukan main seronok lagi kau borak dengan pakcik tu. Hai Balqis... takkan orang tua pun nak baham?" Nurul bersuara sedikit sinis dalam guraunya. Mendengarkan itu, Balqis ketawa terbahak-bahak. Tidak dipedulikan jika ada orang awam yang terganggu dengan gelaknya.

"Kepala hotak kau! Aku berperikemanusiaan tau. Orang tua aku tak jadikan mangsa." Balqis sambung ketawanya. Begitu juga Nurul, Nor dan Athira.

*** 45 minit berlalu... ***

"Aduh mana pakcik ni. Penat do. Dari siang berjalan tak ingat dunia." Keluh Nor seraya jam tangan di pergelangan dijeling. Pukul 10:57 malam.

"Pakcik salah pergi Tesco ke ni? Cepatlah pakcik....." Nurul pula mengeluh.

Athira yang sedang leka berselfie menghentikan aktivitinya, "korang ni tak boleh bawak soba boto. Tu ha acik dah sampai. Mengoluh yo kojo ko kan." Athira membebel dengan loghat Negeri Sembilannya. Balqis hanya tersenyum mendengar bebelan Athira dan melihat wajah Nurul dan Nor yang terkulat-kulat dibebeli. Athira tu memang macam tu, mak-mak sikit.

"Sorry, nak. Jalan jammed," terus Pakcik Amin meminta maaf sebaik teksinya diparking di kotak khas. Satu perkara yang Balqis perasankan tentang pakcik ni; senyumannya. Tak pernah lekang! Sejuk hati Balqis melihatnya. Aip tapi bukan nak buat skandal tau! Sejuk hati dek pancaran ciri-ciri kebapaan Pakcik Amin. Ah rindu abah pulak! Desis hatinya.

Segala barangan yang mereka berempat shopping telah dimasukkan ke bonet belakang kereta lalu perjalanan mereka pulang ke hostel pun bermula. Dimulakan dengan Balqis yang asyik pok pek pok pek menyoal itu ini kepada Pakcik Amin, dengan lelucon Pakcik Amin dan segala macam... tiba-tiba Pakcik Amin menyoal satu soalan.

"Munafik tadi best ke?" Soalnya biar mata masih terpaku ke hadapan.

"Hah best, pakcik. Takut. Terkejut terkejut gak lah." Jawab Balqis ringkas.

"Part akhir tu, ada yang nangis ke?" Pakcik Amin menyoal lagi disusuli tawa nipisnya.

"Memang sedih tapi kitaorang takdelah pulak nangis." Jawab Nurul.

"Kenapa? Pakcik nangis ke?" Balqis. Sengaja dia menyoal, tanpa terfikirkan apa-apa kesan sebalik pertanyaannya.

Pakcik Amin tersengih sesaat. Sebelum mengeluh melepaskan keluh yang entah tentang apa.

Pakcik Amin angguk.
Untuk seketika, gadis berempat terdiam.

"Bapak ni memang sayang dekat anak. Cuma anak yang tak nampak."

Balqis telan liur. Alamak! Pakcik Amin feeling sangat ke dengan soalan aku tadi?

"Er... pakcik... saya tanya je. Sorry kalau pakcik..."

Pakcik Amin diam sahaja, tidak membalas kata maaf Balqis. Balqis sudah gelisah. Barangkali Pakcik Amin terasa benar dengan soalannya? Kepala yang tidak gatal digaru-garu perlahan.

"Anak pakcik ada 7 orang. Yang tua sekali tu anak angkat. Sebab pakcik kahwin lama tapi tak dapat anak. Setahun selang pakcik amik anak angkat, isteri pakcik mengandung. Ha lepas tu Allah bagi pakcik ramai anak."

"Bestlah, pakcik! Kat rumah takdelah pakcik makcik sunyi. Anak ramai." Sela Athira di tempat duduk belakang.

Pakcik Amin sengih nipis. Sengihan yang kosong pada pandangan Balqis kali ini.

"Kalau anak dengar kata, memang happy. Sunyi pun tak sunyi, hati pun senang. Tapi, kalau anak yang asyik nak melawan cakap mak ayah? Tak ke runsing hati mak ayah ni." Keluh orang tua itu seraya jemari kirinya memberi signal ke kanan untuk memotong. Lambat pulak Suzuki Swift di depan teksi Pakcik Amin ni.

"Anak pakcik yang sorang tu, baru je dapat result SPM haritu. Tapi sampai ke harini pakcik tak tahu result dia macam mana. Dia tak bagi tahu pakcik. Pakcik pun tak tanya dia." Pakcik Amin diam sejenak menelan liurnya.

"Dia tu... haih. Entahlah pakcik nak cakap macam mana pun tak tahu. Entah apa yang dia marah sangat dengan pakcik. Dia pandai. PMR dulu dia dapat 6A 2B. Dapat tawaran masuk SBP." Ada nada bangga pada suara Pakcik Amin. Ayah mana yang tak bangga dengan pencapaian cemerlang anak, bukan? Balqis tersenyum cuma mendengar nada bangga Pakcik Amin menyapa gegendangnya. Teringat dekat abah. Abah yang begitu bangga melihat satu-satunya anaknya ini dapat melanjutkan pelajaran di universiti dalam bidang perubatan.

"Dekat sekolah cikgu-cikgu sayangkan dia. Dia student yang baik. Tapi entah mana silapnya, dia tak mampu nak jadi anak yang baik." Tersentap mereka berempat mendengarnya. Allah. Terluka benar hati orang tua ni. Apa agaknya anak pakcik dah buat?

"Tak pernah sekali dalam seminggu dia nak cakap baik-baik dengan pakcik. Dulu waktu dia form 1, pakcik hantar dia masuk asrama. But he refused. Tapi pakcik ni bapak dia, jadi pakcik hantar je dia masuk asrama. Dek nak berontak dengan pakcik, dia buat perangai. Ponteng sekolah. Lari asrama. Macam-macam! Sampai pengetua called pakcik mengadu pasal dia. Bila dia dah buat macam tu, nak taknak, pakcik keluarkan dia dari asrama. Pakcik ingatkan lepas tu dia tak buat perangai dah. Tapi dia buat jugak. Pakcik cari cara nak pujuk dia jangan buat perangai. Sampai pakcik belikan motor untuk dia. Pakcik nak pujuk dia. Pakcik nak ambik hati dia. Kejap je dia okay. Lepas tu dia buat balik pe'el dia. Pakcik tak tahu nak buat apa." Keluh.

"Bila pakcik duduk-duduk, fikir-fikir, agaknya pakcik ni ayah yang gagal. Pakcik tak dapat didik anak pakcik jadi anak yang baik."

"Pakcik, pakcik dah buat yang terbaik, kan." Balqis tersengih sambil bicara. Dia kekok sebenarnya. Pakcik Amin nampak terlalu dihambat kekesalan. Sedih pula dia tengok.


No comments:

Post a Comment