Sunday, 2 October 2016

HARNANI (3)

“Maksu! Maksu!” Panggilan lantang Zulkarnain mengejutkan aku.

Wajahnya kupandang sekilas lalu nafas kutarik dalam. Aku cuba untuk mengawal perasaan dan tidak melampiaskan kemarahan aku terhadap mama papanya kepada dia.

“Zul nak apa?”

“Maksu, Zul nak pinjam henset.” Zulkarnain membuat muka simpati seraya tangan ditadahkan.

“Zul nak main game aja maksu. Satu game ja. Nanti Zul pulangkan balik.”

“No. Pergi masuk bilik, tidur! Panggil abang tidur sekali.” arahku dengan nada yang puas kutahan.

“Abang tengok tv.” Ujarnya bernada sedikit sayu sementelah aku tidak memberi telefon bimbitku kepadanya.

Tengok tv? Hatiku berdetik. Jam di dinding aku jeling. Hampir pukul 11 malam. Semerta, aku bingkas menuju ke ruang tamu diikuti Zulkarnain. Kelihatan Iskandar sedang bersilang kaki menonton televisyen. Terus-terus amarahku membuak.

“Hei abang! Tutup tv ni. Pergi tidur!” Jerit. Ya, aku menjerit. Iskandar terkejut, namun masih tidak mematikan televisyen. Dia memandang aku kejap.

“Sikit lagi, maksu.” Pintanya dengan mata masih tertumpu pada televisyen. Barangkali tidak dia sangka bahawa aku memang benar sedang membahang.

“Maksu kata apa, abang?! Tutup tv tu!” jeritku lagi, kali ini sangat kuat. Hingga membuatkan Iskandar dan Zulkarnain terkejut dan pantas menuju ke bilik tidur mereka.

“Susah sangat nak dengar kata. Ikut betul perangai mama korang tu! Menyusahkan aku!” Bebelanku terhenti apabila tiba-tiba...

PANG!

Terkejut.
Sakit.

Tercegat Abang Izmeth di hadapan aku. Bersama pandangan penuh kemarahan.

“Kalau benci abang, marah abang. Bukan Iskandar, bukan Zulkarnain. Tolong sayangi mereka. Please be a good mom for them, biarpun bukan dari rahim awak mereka lahir. You are my wife. And that means, you are a mother to my sons. To our sons.” pesan Abang Izmeth dengan nada yang sukar kutafsirkan. Ayat terakhirnya yang ditekankan sedikit sebanyak membuat aku terjeda.

“And one more thing, teruk mana pun Ruhil, she is still your biological sister. Give some respect.” Lagi pesanan untuk aku sebelum dia berlalu.

Aku terduduk lemah.

“Our sons.”
“Be a good mom.”
“Give some respect.”

Terngiang-ngiang pesanan Abang Izmeth. Selama aku hidup, Ruhil memang sentiasa lebih. Hingga hari ini, biar aku yang berkorban menanggung kesilapan Ruhil, Ruhil tetap disayangi. Tetap dijaga. Tetap dikasihi. Dan hati... Mula menyingkap lagi kisah-kisah lama di mana hak aku yang tiada pernah diadili.

No comments:

Post a Comment