Sunday, 2 October 2016

DARI DALAM TEKSI (PAKCIK AMIN) (2)

"Baru-baru ni dia bertengkar lagi dengan pakcik."

"Pagi tu pakcik dah lambat nak pergi kerja. Jadi pakcik minta tolong dia hantarkan adik dia ke sekolah. Dia taknak. Bila pakcik gesa dia hantar adik dia tu, dia mengamuk. Terus press motor keluar rumah. Dia sebagai anak, tak boleh nak cakap 'tak' pun dekat bapak dia ni."

"Esok pagi tu, pakcik panggil dia. Pakcik nak tegur perangai dia tu. Dia punya bengang kena tegur dengan pakcik, ditolaknya pakcik. Jatuh."

"Lutut ni..." Pakcik Amin mengusap lutut kirinya sambil tersenyum sedih.

"Sakit." Sambungnya lagi. Balqis membuang pandang ke luar tingkap. Sampai hati anak pakcik buat pakcik macam tu! Ah. Abah! Dosa dia ke abah pun banyak tak terkira.

'Abah, adik mintak maaf!' Air mata yang hampir gugur diseka laju.

"Pakcik gagal, nak. Pakcik gagal." Suara Pakcik Amin kesal sungguh. Sayu!

Suasana di dalam teksi sunyi buat seketika. Sekadar angin dari luar yang menyerbu masuk ke dalam teksi. Tiba-tiba, telefon pintar Balqis bergetar menandakan ada pesanan baru masuk. Telefon pintar dibuka kunci dan notifikasi dibuka. Pesanan dari Athira di seat belakang menerusi aplikasi Whatsapp di dalam group whatsapp mereka berempat, dibaca.

'Saya sedih :('

Balqis senyum tipis sebelum membalas pesanan,

'Aku pun... 😭'

Skrin telefon bimbit dikunci semula.

Seketika kemudian, Pakcik Amin bersuara lagi.

"Kalau pakcik duduk-duduk, fikir-fikir, pakcik kesal sebab tak mampu didik anak pakcik dengan baik." Raut wajah Pakcik Amin, Balqis jeling. Rautnya sukar dibaca. Sama ada kosong semata, atau terlalu penuh dengan emosi.

"Anak ada mak ayah lagi?" Pakcik Amin berpaling ke arah Balqis.

"Ah... ada! Mak abah sihat lagi, alhamdulillah." Balqis sengih saja.

"Alhamdulillah..."

Diam lagi.

Simpang tiga di hadapan, Pakcik Amin melencong ke kiri. Simpang yang terletak beberapa meter sebelum tiba di asrama mereka berempat.

"Mak ayah ni nampak garang. Tapi anak-anak tak tahu sebalik garang mak ayah, mak ayah sayang sangat dekat anak-anak. Mak ayah mana tak sayang anak? Anak ja yang salah anggap. Berontak. Ikutkan perasaan. Degil."

Perempuan berempat itu diam sahaja. Masing-masing sudah terfikirkan ibu ayah di rumah. Dosa-dosa apa yang telah dilakukan terhadap ibu ayah dan sebagainya.

"Jadi anak yang baik. Jangan jadi macam anak pakcik..."

"... derhaka!"

Keras suara Pakcik Amin dan membuatkan Balqis, Nur, Nor, Athira terkejut beruk mendengarnya.

Kereta diberhentikan di pinggir jalan di hadapan asrama. Setelah membuat bayaran, barang-barang diambil dan ucapan terima kasih diucap, mereka berempat terus masuk ke perkarangan asrama. Keempat-empat mereka masih terkedu dengan pernyataan akhir Pakcik Amin tentang anaknya.

Derhaka...?

Allah!

-----tamat-----

Nota aku: ini cerita betul. cuma dialognya aku tak jamin tepat 100%, tapi yg pasti isinya sama. Dan waktu pakcik teksi claim anak dia sebagai anak derhaka... Allah, dalam hati ni berderau. Pakcik teksi tu sungguh, nampak tenang. Elok peramah. Senyum sentiasa. Tapi rupa-rupanya hati dia hancur. :"(((((

No comments:

Post a Comment