PROLOG
40 orang pelajar lelaki sedang beratur di hadapan pejabat guru. Ada yang menekur memandang bawah. Ada yang risau raut mereka. Ada yang menayangkan wajah tidak peduli.
Pengetua dan barisan guru disiplin hanya mampu geleng kepala. Rosak nama sekolah! Hendak tidak hendak, sesetengah pelajar daripada 40 orang itu terpaksa juga digantung sekolah.
"Saya faham kamu semua remaja. Darah panas. Baran. Ikut kepala. Saya pernah jadi remaja jugak. Tapi takkanlah kamu semua tak tahu nak hormat orang? Kasihan pada orang? Itu common sense! Adab paling asas dalam hidup. Kalau itu pun kamu tak boleh nak buat, macam mana kamu nak hidup dalam dunia luar sana tu?! Kamu jangan ingat kamu gangster, boleh pukul orang sampai nazak, kamu akan selamat dekat luar sana. Ada yang lagi gangster dari kamu!"
Fuh. Rasa kecewanya meluap-luap. Budak-budak zaman sekarang terlalu didedahkan dengan keganasan hingga tiada rasa kasihan pada yang lemah.
"Cikgu memang tak boleh nak tolong kamu. Kalau parents mangsa buat report polis, masuklah lokap semua! Nak tunjuk hebat sangat, kan?! Belasah anak orang!" Jerit si guru disiplin lelaki. Dari awal dia terima berita berlakunya kes buli di asrama putera, sudah tidak terkira berapa kali keluhan berat terlepas dari mulutnya.
Kecewa!
Mulai kes itu, 40 orang pelajar lelaki itu diberi gelaran 40 Iblis. Dan singkatannya adalah, Forty I.
BAHAGIAN 01
“WEH PIA BANGUNLAH! Kau pergi sekolah ke tak ni?”
Nur menjerit dengan tangannya tangkas menyarung tudung sekolah. Sambil kaki kanannya menguis sipi paha Safia. Safia merengek, menenyeh mata menggunakan belakang tangan. Cahaya lampu pendaflour menyilaukan pandangannya.
Setiap pagi memang itu sahaja tugas Nur, mengejut Safia bangun tidur. Nak kejut Safia bangun tidur sangatlah susah, macam kejut orang mampus!
“Pukul berapa sekarang, Nur?” Soal Safia dengan suara serak baru bangun tidur.
“Nak dekat pukul 7 dah! Cepatlah bangun.” Gesa Nur.
“Nanti nak pergi DM (dewan makan). Aku lapar ni. Kang lambat datang perhimpunan. Ee, bangunlah mangkuk!” Nur memukul punggung Safia. Safia bangkit, duduk. Masih termenung di atas katil.
“Kau menung apa lagi? Hah kau boleh sembahyang tak? Subuh gajah lagi lah ni!” Nur tidak berhenti membebel.
Safia mengeluh kecil. “Taknak pergi sekolah boleh tak, weh?” Soalan Safia membuatkan mata Nur membuntang. Spontan paha Safia ditepuk keras.
“Kepala hotak kau! Kau ingat ni rumah? Cepatlahhhh!” Matanya makin dibesarkan.
“Takyah ah jerit. Belum pekaklah.” Safia bangkit mencapai tuala dan menuju ke tandas. Dia mengharapkan jam baru pukul 6 pagi. Bolehlah dia sambung tidur. Warna langit yang menyapa matanya membuatkan Safia mengeluh. Langit sudah terang.
No comments:
Post a Comment