Sunday, 19 February 2017

MURNI | BHG 5

SAFIA MERONTA KUAT.

“Lepaslah! Apa kau nak, Zarif? Sakitlah, bodoh!” rontaannya menerus. Tangan kanan dan kirinya dipijak oleh dua pelajar lelaki. Kaki kanan dan kirinya juga. Zarif pula bertenggek atas perutnya.

“Kau ni berlagak sangat… aku tak suka perempuan berlagak ni. Kau bukannya lawa. Kau buruk, Pia. Body kau pun… ew. Gelilah aku nak bayang!” Kesemua pelajar lelaki di situ gelak besar. Safia tidak dapat melepaskan dirinya, lebih-lebih lagi dalam keadaan terbaring begitu. Dahi Safia ditunjal ganas.

“Bodoh pulak tu. Dah tahu semua cikgu mesyuarat, kau boleh percaya teacher nak jumpa kau! Hahahahahah! Lepas tu, dah nampak lelaki ramai dekat tangga ni, kau boleh ikut tangga ni lagi? Ke kau memang suka lelaki hurung kau? Murahnya Safia Razlan…”

Seraya itu Safia meludah ke muka Zarif yang menindihnya. Geramnya sudah tidak terbendung. Dengan sakit di tangan dan kaki yang dipijak, senak perutnya, sakit hati melihat Zarif yang seolah-olah sudah meraih kemenangan.

“Dayus! Lembik!” Maki Safia. Amarahnya sudah memuncak. Zarif pengecut!

“Setan!” Egonya rasa benar-benar tercabar. Berani Safia meludah dia! Penumbuk Zarif lepas ke pipi Safia. Berkali-kali. Hingga akhirnya Safia longlai di situ.

“Tolong…” pinta Safia lemah sambil hatinya tidak sudah-sudah memanggil Allah.

“Woi Zarif! Dah! Dah! Mampus agaknya budak ni! Cau cau!”

Rontaan yang makin lemah itu akhirnya berhenti. Semua yang berada di situ cemas lantas terus berlari menuruni anak tangga meninggalkan Safia terbaring di situ. Zarif bagaikan baru tersedar. Dia bangun dari menindih tubuh Safia. Safia yang garang sudah diam. Zarif senyum. Namun kemudian dia berkerut. Dia beristighfar dalam hati.

“Apa aku dah buat?” kedua-dua penumbuknya dipandang. Safia mati?

***

Ulil yang baru hendak meninggalkan bilik guru tergamam melihat Geng 40i yang berlari seakan-akan cemas dan tidak lama kemudian disusuli Zarif. Tidak sempat Ulil hendak memanggil Zarif. Laju betul.

Ulil mendongak memandang ke tingkat atas. Entah kenapa dia dapat rasakan sesuatu yang tidak sedap. Terus Ulil berkejar menaiki tangga. Di tingkat dua tiada apa-apa. Tiba di tingkat tiga, Ulil tergamam.
“Pia!” tubuh Safia didekati perlahan.

Jari telunjuk diletak di hidung Safia. Masih bernafas.

“Safia?” pipi Safia ditampar sedikit.

Debaran dada Ulil bagaikan memecut laju!

Bibir Safia terkumat-kamit bagaikan hendak mengatakan sesuatu biarpun matanya terpejam rapat.

“S… sa… kit…” Rintihnya yang membuatkan Ulil pantas bangkit pergi mencari bantuan.

No comments:

Post a Comment