Tubuh perempuan itu digoncang keras. Bagaikan sudah menjadi rutin dia untuk mengejutkan Safia setiap malam.
“Hei Safia!” Air dari dalam gayung direnjis di muka Safia.
“Safia bangun!” Lengan Safia ditepuk-tepuk.
“Bangun, pia…”
“Sakit!” Bersama jeritannya, Safia bangkit duduk tiba-tiba. Nafasnya tidak teratur. Safia nampak letih.
“Mimpi lagi?” Gayung diletakkan di atas meja sisi katil temannya. Safia istighfar seraya mengangguk.
“Sampai bila kau nak macam ni…”
“Tak apa. Aku okay. Sorry kacau kau tidur.” diraup wajahnya beberapa kali. Dia kesal juga sebenarnya. Beberapa tahun telah berlalu tetapi hingga sekarang dia masih mengigau dalam tidurnya.
“Aku tak tidur lagi. Memang aku tunggu kau mengigau.” Sarah bangun membawa gayung ke dalam bilik air.
Safia senyum nipis mendengar selorohan Sarah. Serba salah dia dibuatnya. Sungguh, setiap hari dia cuba melupakan kes lalu, tetapi dia tak mampu. Buktinya hingga sekarang dia masih bermimpikan kejadian buruk itu.
“Tak penat ke, Pia?” Sarah lap tangannya yang basah pada tuala yang tergantung di rak tuala sebelah bilik air.
“... setiap malam meracau.”
“Mengigau dengan meracau lainlah, Sarah.” Safia cuba berseloroh pula. Sarah tampak serious pula malam ni.
“In your case, it is the same.”
Punggung dilabuhkan sebelah Safia yang menopang dagu sambil senyum hambar.
“For God sake, just forgive them. Kau pendam lama-lama pun kau yang sakit.”
Safia berdecit sedikit.
“Aku dah cuba…”
“Kau tak pernah cuba pun maafkan dia orang. Trust me.”
“Hahahah macam mana kau tahu? Curi-curi masuk hati aku eh?” bahu Sarah dicuit-cuit manja. Sarah capai tangan Safia dan digenggam tangan itu.
“Pia, aku serious. Aku kesian dekat kau setiap malam mintak tolong. Setiap malam menjerit sakit. Setiap malam kau letih mimpikan benda tak berfaedah tu!”
Safia menarik tangannya dari genggaman Sarah.
“Aku tak perlukan simpati sesiapa, Sarah. Neither from you.”
“Kau tahu aku sayangkan kau, kan? Kau dah macam adik aku. Aku taknak kau macam ni sampai bila-bila. Aku taknak kau jadi pendendam.”
Safia ketawa.
“Dah lama pun aku jadi pendendam. Okay je?”
“Okay? Kau merana, Safia. Hati kau tenang ke? Kau sembahyang, mengaji, tapi hati kau tenang tak? Aman?”
“Okay stop now, Sarah. Aku tak ada mood nak cakap fasal ni lagi.”
Safia bangkit lalu cardigan warna hitam dan selendang yang memang tergantung dalam almarinya dicapai. Sarah melepaskan keluh kesal kerana terlalu memaksa Safia melupakan masa lalunya. Dia tahu Safia tertekan apabila Safia mula bersiap-siap untuk keluar. Kebiasaannya begitu. Safia akan pergi bertenggek di 7Eleven di taman perumahan mereka itu untuk menenangkan fikirannya.
“You deserve to be happy.” ujar Sarah perlahan. Usai melilit selendang, Safia mendekati Sarah dengan senyuman di bibir.
“I am. Sebab kau sayang aku. Tapi aku keluar kejap, okay? Before four aku balik. Assalamualaikum.” kepala Sarah diusap perlahan.
“Waalaikumusalam.”
Belakang tubuh Safia menghilang di sebalik pintu.
* * *
“Kau dah gila ke?!” Dada Zarif ditolak ganas hingga belakang tubuhnya menghempas dinding dengan kuat.
“Dah nak mati budak tu kau tumbuk!”
“Memang aku nak dia mati! Aku tak suka dia!”
“Jangan sebab masalah kau tu kau libatkan dia sekali! Dia tak salah!”
“Peduli apa aku! Yang aku tahu aku benci dia!”
Penumbuk Ulil melayang ke muka Zarif. Zarif bagaikan tiada rasa bersalah langsung dengan apa yang terjadi. Siang tadi Ulil terjah masuk bilik mesyuarat untuk meminta pertolongan. Kalut cikgu-cikgu berlari ke tingkat tiga blok perpustakaan. Dan apabila ambulans sampai, Safia terus dikejarkan ke hospital. Dengar khabar… Safia koma. Tumbukan Zarif banyak kali hinggap ke kepala Safia. Tambahan lagi, belakang kepala Safia terhentak kuat di lantai koridor sewaktu Zarif menolaknya hingga menyembam lantai.
Zarif dan Ulil bertumbuk. Zarif dengan egonya. Ulil dengan geramnya. Namun pergaduhan mereka dileraikan oleh penghuni asrama lelaki yang lain.
“Kalau aku tak fikirkan kau ni manusia, dah lunyai aku kerjakan kau. Tak ada hati perut!”
“Cukup! Korang nak masuk ICU jugak ke?!” Tempik ketua asrama putera, Amirul. Pening! Baru sebentar tadi dia berhadapan dengan ketua warden. Memandangkan dia memegang jawatan sebagai ketua asrama putera, juga merupakan rakan sekelas Safia, Ulil dan Zarif; maka dia disoal siasat oleh ketua warden.
“Awak takkan tak perasan yang Zarif dengan Safia bermusuhan?”
“Sebagai rakan sekelas, awak perlu lebih peka dengan kawan-kawan.”
“Saya dengar di aspura memang kecoh tentang Safia. Awak tak pernah ambil tindakan apa-apa ke?”
Ah kusut betul!
“Lagi sekali korang bertekak, bertumbuk macam ni… aku cencang satu-satu!” tempik Amirul sebelum berlalu. Masih banyak lagi perkara yang hendak difikirkan.