Friday, 7 July 2017

NEUROTICISM - full


“Nuha. Cuba awak dengar penjelasan abang dulu. Jangan tuduh semborono macam ni.” Tubuh Nuha yang membelakanginya di tarik untuk menghadap dia. Wajah Nuha jelas menunjukkan yang Nuha langsung tidak mahu percaya dengan penjelasan dia yang sebelum ini dan seolah tidak mahu pertimbangkan penjelasan yang akan dia katakan.

“Tak cukup ke apa yang Taliya bagitahu tadi? Dia sendiri cakap yang abang dengan rela hati bawa dia balik kampung jumpa dengan mama. Siap bermalam dekat sana. Abang cakap abang pergi kursus tapi rupanya? Abang dengan Taliya! Apa makna semua tu, bang? Tak cukup jelas ke semua yang Nuha tahu ni? Rahsia apa lagi abang simpan yang abang perlu jelaskan pada Nuha?” Nuha berang. Selama perkahwinan mereka enam tahun ini, banyak juga pertengkaran yang berlaku. Kebanyakannya tentang perkara inilah, orang ketiga! Lebih lagi ditambah dengan penjelasan Taliya tadi, makin menyala api dalam jiwanya. Bagai api disiram minyak, marak! Anehnya, marak di jiwa namun zahirnya air mata yang menjelma.

“Awak lebih percayakan Taliya dari percayakan abang ke, Nuha?”

“Yes! Nuha tak rasa Taliya tipu Nuha. Betulkan abang bawa dia balik jumpa mama? Sebab abang nak tunjuk dekat mama menantu baru dia? Kan?”

“Betul abang bawa dia balik kampung jumpa mama. Tapi bukan sebab abang nak kahwin…”

“Cukuplah. Nuha dah tak nak dan tak sanggup dengar apa-apa lagi. Tak ada apa yang abang boleh jelaskan lagi dah. Kalau abang nak sangat kahwin dengan Taliya… abang tak perlulah minta izin Nuha. Abang ceraikan saja Nuha.” Serentak mendengar ayat akhir Nuha, jantung Warith bagaikan terhenti sekali lagi. Rambutnya diramas geram lalu sofa ditendang kuat hingga meluncur sedikit sofa itu. Sakit di kaki bagaikan tidak terasa dilindungi sakit di hatinya.
Nuha degil! Ya Allah…

“Please, Nuha. Nuha salah faham.” Tangan isterinya cuba digapai namun Nuha tarik laju tangannya dari digenggam Warith.

“Nuha nak bersendiri. Jangan ganggu Nuha.” Nuha laju melangkah memanjat tangga memasuki bilik tidur tetamu di tingkat atas. Warith keluh nafas berat sebelum pantas menggapai telefon dan nombor Taliya didail. Tidak menunggu lama, panggilannya disambut Taliya mesra.

“Baru jumpa tadi, dah rindu?” Sengaja Taliya meliuk-lenggokkan suaranya.

“Stop this, Taliya. You datang rumah I sekarang, explain semuanya dekat wife I. Tolong jangan jadi pemusnah rumah tangga orang.”

Taliya ketawa mendengar kata-kata Warith. Pemusnah? Tidak. Siapa suruh rumah tangga mereka terlalu goyah hinggakan satu usikan lembutnya mampu meruntuhkan?

“Taliya!” Jerit Warith geram mendengar tawa Taliya. Bagai dicabar pula.

“Kalau I tak nak?” Taliya provok Warith.

“Maksudnya you sanggup merempat bawah jambatan selamanya. Ingat, Taliya. Rahsia you ada dengan I. Jangan sampai I pecahkan tembelang you dekat Datuk.”

Keluhan nipis lepas dari dua ulas bibir Taliyah. Ugutan yang sama dari Warith dan bodohnya, setiap kali itu juga dia terperangkap dengan ugutan itu. “Malam ni I datang. Sediakan makanan sedap-sedap sikit, okay? Bye!”

/

Teragak-agak Nuha mengatur langkah menghampiri Warith yang baring dengan mata pejam di atas sofa. Warith masih berpakaian formal lengkap dan masih berstokin. Beg bimbit yang terdampar atas meja bulat dipandang sekilas kemudian pandangannya jatuh pada wajah Warith yang terang-terang kepenatan. Nuha melutut di hujung kaki Warith. Tangannya naik membuka stokin Warith dengan cermat supaya Warith tidak terjaga. Namun sebaik stokin ditarik dari kaki kirinya, Warith tersedar dan pantas dia bangkit. Kakinya dijauhkan dari Nuha.

“You don’t have to do this.” Ujar Warith perlahan seraya kedua-dua stokin ditarik keluar dari kaki.

“Nuha… em… Nuha… nak mintak maaf.”

Warith jeda. Dalam hatinya sudah tersenyum lebar. Dia tahu Nuha akan meminta maaf padanya. Nuha isteri yang baik. Cuma…

“Nuha salah.” Warith tatap muka Nuha. Seraut wajah itu hanya penyesalan yang terpampang.

“Abang maafkan Nuha?” Nuha mengensot mendekati Warith. Jemari Warith dicapai dan dielus lembut. Suaminya masih jeda. Marah sangatkah Warith?

“Abang… Nuha salah faham. Patutnya Nuha dengar dulu penjelasan abang. Tapi, Nuha ikutkan hati. Nuha tak percayakan abang… I’m sorry…” kepalanya terpanggung pada tangan Warith. Pecah empangan air matanya. Rasa bersalah menghantui dia lagi sama seperti sebelum-sebelumnya.

Warith jadi serba salah melihat Nuha menangis. Niat mahu mengusik isterinya terbantut serta merta. “Sayang…” Rambut Nuha diusap kasih.

“Abang maafkan. Jangan menangis.” Tubuh Nuha ditarik masuk ke dalam pelukannya. Apa lagi yang mampu dia lakukan selain beri sahaja kemaafannya pada Nuha? Selepas Taliya ceritakan segalanya pada Nuha semalam, Nuha kelihatan serba tidak kena. Warith tahu Nuha sudah sedar akan kesalahannya.
Memang betul Warith bawa Taliya balik ke kampung dia. Tetapi untuk Taliya mendapatkan urutan tradisional dengan mamanya setelah perempuan itu menggugurkan kandungannya sendiri. Dan anak yang sepatutnya bersemadi di dalam rahim Taliya itu benih dari Datuk Arif, bos mereka.

/

Warith pulang lewat dari kebiasaannya hari ini. Selalunya pada jam 6 petang Warith pasti sudah terpacak di rumah tetapi hari ini lain. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam namun bayangnya pun tidak kelihatan. Nuha yang menunggu di rumah sudah gelisah. Panas punggungnya. Hendak duduk tidak kena. Ke hulu rasa bahang, ke hilir pun resahnya tidak hilang.

Bermacam-macam bermain dalam minda. Mana abang? Abang marahkan Nuha lagi ke? Kan Nuha dah minta maaf? Atau... abang tak suka duduk rumah ni lagi? Takkanlah abang ada pengganti Nuha? Abang nak ceraikan Nuha betul-betul ke? Abang... Nuha masih perlukan abang...

"Assalamualaikum!" Suara salam Warith menghentikan segala persoalannya. Laju Nuha berkejar ke arah pintu dan dibuka pintu rakus. Wajah Warith yang keletihan dijamah sedih.

"Assalamualaikum, isteri abang. Abang dah balik. Sorry..."

"Abang dah bosan dengan Nuha ke?" Nuha menyoal sayu. Tangan Warith yang baru hendak membelai pipi Nuha terhenti. Dengan berat senyuman diukirkan untuk menyenangkan hati Nuha. Silap dia juga kerana tidak memaklumkan pada Nuha tentang kelewatan dia hari ini. Sepatutnya perkara sebegini sudah dapat dia duga.

"Sorry, sayang. Datuk bagi extra works tadi. Terpaksa abang balik lambat. Dan terpaksa abang tahan rindu dengan Nuha." Perbuatannya yang tergantung tadi dibawa mencuit hidung Nuha yang masam muka.

"Jom masuk. Nuha masak apa hari ni? Abang laparlah." Warith terdahulu masuk ke ruang tamu. Punggung dilabuhkan atas sofa.

"Sayang..."

"Abang dah tak sayang Nuha? Sebab Nuha tak boleh mengandung? Abang dah bosan dengan rumah kita yang sunyi ni?" Di hadapan pintu utama itu, Nuha terduduk kesedihan.

"Nuha masih sayangkan abang. Nuha mintak maaf. Nuha tahu Nuha bukan isteri yang sempurna. Maafkan Nuha, bang." Nuha mengongoi sendirian dengan kedua-dua lutut dipeluk erat. Hatinya hiba memikirkan segala kemungkinan yang terancang di fikiran Warith. Bagaimana ini dan bagaimana itu.

"Allah... Nuha... abang ada kerja sikit tadi. Abang tak akan tinggalkan isteri abang. Nuha is the only one. Apa pun yang jadi."

Warith kembali di hadapan isterinya. Dia melutut. Wajah Nuha sugul. Ya Allah, berat ujianmu untuk isteriku...

"Nuha, pandang abang." Dagu Nuha ditolak naik lembut. Lencun muka isterinya. Terbayang di matanya, mata Nuha yang berair inilah selalunya akan menenangkan dia saat dia tidak keruan. Hidung mancung Nuha yang memerah inilah yang sentiasa akan mencium tangannya tenang. Pandangan Warith jatuh pada dua ulas bibir Nuha yang juga merona merah. Mulut inilah yang dahulu membuai dia dengan ucapan baik-baik dan menyenangkan.

Tangan Nuha dicapai dan digenggam erat. Walau berubah seperti apa pun Nuha, Nuha tetap akan jadi isterinya. Dia pernah alami kesulitan dan perempuan inilah yang sentiasa lekat di sisinya memberi segala dorongan.

Walaupun begitu, Nuha sangat meragui Warith. Bukan kerana dia curigai Warith tidak menyayangi dia tetapi Nuha meragui dirinya sendiri kerana tidak mampu jadi yang terbaik. Nuha juga seperti wanita biasa. Namun semenjak rahimnya dibuang akibat apendiks yang pecah, Nuha jadi lain. Perempuan yang sentiasa berfikir yang tidak-tidak di hadapannya ini adalah isterinya.

Nuha ditarik ke dalam pelukannya.

"Sayang... sampai hujung nafas abang, abang akan tetap mencintai Nuha. Allah duga kita. Dan kita akan harungi bersama."

Ya, perempuan yang sentiasa berfikir yang tidak-tidak dalam dakapannya ini akan tetap jadi isterinya sampai bila-bila.


- habis -


// neuroticism. I found this word and the symptoms are very close to someone I know. A negative thinker. Thinking of suicidal. Feeling of running away. Always negative. But despite of those negativities in her mind, she is kind though. She helps people in need. Too bad, her negative thinkings destroy her inside. She gets depressed, cries on her own, nobody cares and knows. She holds everything by herself. We need to care more about this kind of people. They arent for deserted, they deserve loves. And this short story is dedicated for those negative thinkers-- please know that you are precious. Theres somebody in somewhere who is needing you (:

No comments:

Post a Comment