Saturday, 20 August 2016

POSTA LEMPENG 5

"Weh. Bangun bangun! Nak sahur tak?" Sebiji bantal dilempar ke perut aku. Aku terpinga-pinga.

"Hah?" Buntu.

Aku... dah mati... kan?

"Kau nak sahur tak? Kan kau nak ganti puasa? Hari last kan? Lusa start ramadan dah. Ha tulah. Suka tangguh ganti puasa lagi. Dah bangun bangun. Kang kau tak sahur, mulalah merengek nak buka sebelum waktulah, buat-buat terminum air lah. Kalau kau banyak ragam, aku ganyang kau eh. Ni nak sahur tak ni?" Qama membebel di hadapan aku yang masih buntu.

"Qama..."

"Aku... sihat ke?" Soalku berlapik. Takkan nak tanya, "aku dah mati ke?"

"Apa benda kau ni. Tu elok je aku tengok, sihat lah kut. Cepatlah. Dah nak subuh ni." Gesa Qama sebelum berlalu ke almarinya mengambil sepeket biskut Munchies.

Telunjuk aku naik ke lubang hidung. Merasa nafas sendiri. Panas.
Kemudian ke belakang telinga merasa nadi. Berdenyut.
Tapak tangan panas seperti biasa.
Belakang tangan hinggap di dahi. Tak, aku tak demam.

"Bangun, Balqis. Sahur." Seru Qama lagi yang dah elok landing di atas katil untuk menyambung lena.

Aku tak ada nafsu nak makan. Aku tak lapar. Aku tak ada masa nak fikir apa-apa selain... memikirkan aku yang dah mati!

Aku toleh ke Qama. Dah lena.

"Hush! Balqis! Terkejut aku!" Safa. Baru terjaga agaknya.

"Awalnya kau bangun harini. Nak sahur ke?" Soal Safa sambil menenyeh matanya rakus. Aku angguk sahaja.

"Oh. Tapi kut ye pun rambut tu ikatlah. Terkejut do." Safa gelak perlahan. Entah gelakkan aku atau gelakkan dirinya.

Aku... clueless. Aku hidup lagi? Atau dah mati? Aku tak mimpi! Sumpah segalanya rasa nyata! Tak tipu.

"Safa."
"Hm?" Pandangannya dialihkan daripada menatap handphone kepada wajah aku. Pagi-pagi dah telaah gadget!
"Aku tak mati, kan?"

Akhirnya. Soalan itu terluah pada Safa. Lagi pun, Safa boleh tahan memahami orangnya. Safa yang mendengar soalan aku, mematikan handphonenya. Dan memberikan perhatian kepada aku sepenuhnya.

"Why?" Dia datang duduk sebelah aku. Bahu aku dipeluk.
"Aku rasa aku dah mati." Aku teresak-esak.
"Nightmare ke?"
"Tak! Sumpah, Fa. Aku tak mimpi." Pelukan aku semakin erat. Aku takut. Sungguh. Safa mengusap-usap belakang aku tanpa berkata apa-apa.

"Jangan nangis. Kau rileks, k? Kau tenang dulu. Nanti baru kau cerita. Kau nak makan tak? Aku ada maggie."

Aku geleng.
Aku yakin aku tak mimpi.

Tanpa sahur, aku terus pergi mandi dan ke kelas. Hari ini ada kelas pagi. Kelas Encik KF. Dengan murung, aku tetap berkejar ke kelas Encik KF. Aku taknak lambat.

Dalam kelas, aku banyak termenung. Aku mimpi? Atau aku mati? Soalan yang asyik terngiang dalam kepala otak aku. Kalau betul aku mati, budak kuliah tak ada pulak pandang aku pelik; dengan cemas, cuak atau sebagainya. Mira, Jiji dan Zya Zara pun biasa sahaja pagi tadi. Dan, kalau betul aku tak mimpi... siapa Manggis? Manggis-- bukan kenalan aku. Tak ada sesiapa yang bergelar Manggis.

Sedang termenung, lengan aku disiku Mira. Aku pandang dia tanpa rasa. Apa? Mira tunjukkan whatsapp di handphonenya.

Khabar dari rakan whatsappnya yang merupakan seorang exco asrama. Mengatakan bilik kami akan ada penghuni baru.

Athirah.

Aku telan liur. Ah gila! Aku dah gila! Puas aku fikir. Kenapa aku alami benda ni. Fikir punya fikir... pap! Posta Lempeng! Warning di kulit belakang buku Posta Lempeng terngiang kembali. Aku belum habis baca. Tanpa tunggu kelas Encik KF yang berbaki lagi setengah jam, aku tinggalkan sahaja terus pulang ke bilik. Posta Lempeng aku capai dan aku usahakan baca sampai habis.

Aku bukan nak percaya benda tahyul. Tapi... tak mustahil, kan?

#PERIGIBUTA. Tajuk cerita akhir. Aku, yang seperti hidup kembali. Akukah watak yang sepatutnya ada dalam cerita #PERIGIBUTA?

Ah. Aku tak dulik. Yang penting aku habis baca.

Habis.

Dua minit kemudian, handphone aku bergetar. Menandakan ada pesanan dari aplikasi Whatsapp. Dari Mira, dalam group khas untuk roommates kami, berbunyi...

"Gais. Yang pasal Athirah tu rumours jelah. No new roommate fo us ): "

No comments:

Post a Comment