Friday, 19 August 2016

POSTA LEMPENG 1



Aku Balqis. Student di salah sebuah universiti awam di Melaka. Sekarang ni dah pertengahan semester, selalunya waktu gini student memang suka. Sebab pertengahan semesterlah baru dapat baucer buku. Dan memandangkan dah pertengahan semester, students ramai spend baucer beli novel. Tak kurang yang tukar kepada duit. Tapi aku, prefer beli novel banyak-banyak.

Ada satu hari tu, aku gi MPH. Nak habiskan baucer buku. Dan aku nampak satu buku ni. Buku warna hijau turquoise berpetakkan kaler pink sebagai border. Antologi tulisan seseorang yg boleh tahan dikenali di tuisder dan wattpad. Buku tu terbitan Lejen Press. Penulisnya seorang lelaki yang meminati stail penceritaan penuh twist Alfred Hitchcock. Alfred Hitch what? Siapa tu? Entah. Aku tak kenal.

Pendekkan cerita, aku beli buku tu. Tajuk dia Posta Lempeng. Tajuk tah hape-hape tapi aku harap bukunya bestlah. Aku beli pun sebab aku follow account penulisnya di tuisder.

Posta Lempeng aku belek. Di bahagian belakang buku, tertulis amaran "Jangan baca separuh jalan. Kerana selagi anda belum baca sehingga ke helaian terakhir buku ini, 'dia' akan datang mengikuti setiap gerak langkah anda--" PFT. Taktik nak raih pembelilah tu. Aku senyum sinis. Dah apahal nak ikut langkah orang?

"-- menuntut anda untuk baca sehingga tamat."

Kan aku dah kata. Nak raih pembaca. Aku senyum. Sinis lagi. Pebenda tah.

Sinis-sinis pun, aku baca jugak buku tu. Cerita-cerita dalam Posta Lempeng boleh tahan mindfuck yang next level. Tapi tak sampai separuh buku aku godek, aku rasa bosan. Kebanyakan cerita aku dah baca dkt tuisder. Ugh. Bosan. Aku tinggalkan Posta Lempeng dan mula layan handphone. Temple Run aku buka. Dah lama tak hit high score. Punya beriya berlari, rasa haus pulak. Pompuan yang laju berlari aku biarkan hangus terbakar dijilat api. Langkah aku atur ke pantri di hujung koridor. Haus gila biarpun bukan aku yang berlari.

Butang "sejuk" di mesin penapis air aku tekan dengan cawan ditadah di bawah muncung corong mesin. Sebaik sahaja bibir cawan hampir bibirku sentuh-- aku seperti melihat satu kelibat melintas laju di hadapan pintu pantri. Putih. Aik? Apa benda tu? Hati mula rasa tak sedap. Dahlah bilik jauh dekat hujung sana. Kalau jadi pape ni naya aku! Namun untuk sedapkan hati sendiri... ah takde apalah. Aku berkhayal kut? Hah! Entah entah aku dah termakan dgn warning dkt kulit belakang buku Posta Lempeng! Aku sengih mengenang diri yg cepat terpengaruh. Rasa tak sedap dalam hati tadi aku tepis dan mula melangkah semula ke bilik untuk mulakan larian baru Temple Run. Sepanjang perjalanan ke bilik, bulu roma meremang bersungguh. Hm sejuk pulak malam ni. Aku jenguk ke bawah asrama. Dari koridor tingkat 4 ini, aku nampak dua ekor kucing hitam sedang berkejaran. Musim mengawan ke ni? Entah. Sebaik sampai di bilik, aku hempas badan, dan berlari.

Lari punya lari, aku terlelap. Yang pasti sebelum aku betul-betul lena, pompuan yang berlari tu sepatutnya membelok ke kanan. Tapi disebabkan aku terlalu mengantuk, aku biarkan dia jatuh dari trek yang tinggi.

Esoknya, aku bangun awal sedikit dari hari-hari lain. Sebab aku macam dengar bunyi sosek-sosek orang berbisik. Waktu aku bukak mata, 5 orang pompuan dengan muka baru bangun tidur sedang memandang aku dgn pandangan aku tak dapat tafsir. Roommates aku. Apahal ni?

Tidak dapat tidak, aku bangkit ke posisi duduk dan bersuara, "apahal korang ni?" Apahal ni?

"K... kau.... bu... buat... apa... kat sini?" Zya Zara menyoal. Tergagap-gagap. Yang lain nampak gugup dan menggigil.

"Hei ni katil aku kan? Dah tu kau nak aku tidur mana? Dah. Tepi ah aku nak mandi." Aku tolak tubuh Jiji yang menghalang laluanku. Aku ambik towel dan bakul mandi, nak gerak bilik air. Yang aku tak faham, dua tiga manusia yang terserempak dengan aku, diaorang pun pandang aku macam... macam aku ni bukan orang! Apa yang pelik sangat ni? Hidung tertukar tempat dgn mata ke? Aku raba muka aku. Tak pulak. Ah lantak ah. Aku gosok gigi di sinki tanpa menghiraukan pandangan mereka.

No comments:

Post a Comment