Nota penulis::
.
Malam tu, Jiji bagi aku tengok gambar yang dia terima through whatsapp; gambar seorang ibu dan anak yang digilis lori. Sadis. Dan sejak aku tengok gambar tu, aku rasa macam tak tenang ((sebab aku memang penakut)). Aku solat isyak pun, tak khusyuk langsung sampai aku tiba-tiba duduk tahyat akhir lepas baca Alkafirun pada rakaat pertama.
.
Malam tu lah, aku tidur. Dan mimpi. Cuma... betul ke aku mimpi?
.
😂😂😂😂
.
Ya, aku mimpi. Tapi impak mimpi tu, boleh tahan besar. Tiga hari aku murung, dok fikir sungguh ka aku hidup lagi. Dan watak Manggis sungguh ada dalam mimpi aku. Cuma dalam kehidupan sebenar, Manggis tak wujud. Aku tak kenal siapa Manggis.
.
Berkaitan buku #POSTALEMPENG atau dalam dunia sebenar, buku itu bertajuk #creepyposta karya Jeffrey Zain.
.
Buku tu aku baru baca separuh seperti apa yang aku bagitahu dalam cerpen. Dan malam itu sungguh aku pergi dapur, ambil air. Waktu aku nak minum, aku macam nampak kelibat sesuatu warna putih yang menyelinap masuk ke bilik tidur aku dari ruang tamu rumah. Tapi aku nafikan apa yang aku nampak sebab waktu tu hari Sabtu, dan hari Isnin tu nak masuk Ramadan dah. Huhu.
.
70% daripada cerpen ini adalah benar belaka ((hahahahahahah)) cuma aku gabungkan menjadi satu cerita pendek.
.
Jadi apa yang korang rasa baca #POSTALEMPENG ? Bosan? Takut? Biasa-biasa?
Saturday, 20 August 2016
KOMEN KERANG? (POSTALEMPENG)
POSTA LEMPENG 5
POSTA LEMPENG 4
POSTA LEMPENG 3
Friday, 19 August 2016
POSTA LEMPENG 2
Pukul 8:55 pagi. Aku sakan berlari. Nak kejar lif. Kelas Encik KF pukul 9. Kalau lambat seminit pun konfem takleh masuk ni. Habislah.
Keluar dari lif, aku jeling jam di lock screen handphone. 9:03 pagi! Aduh. Rasa nak nangis do! Dahlah penat terkejar-kejar. Dalam hati dah mencarut bagai nak rak. Tapi aku tuju jugak ke kelas. Walaupun aku pasti pintu bilik kuliah dah kunci. Sampai di bilik kuliah, memang betul tekaan aku. Pintu dah kunci. Dan Encik KF waktu tu tengah check kehadiran. Aku mengeluh dan ambil keputusan untuk bersila di pintu belakang bilik kuliah. Paling lama pun setengah jam je kena tunggu. Nanti Encik KF mesti bukak pintu; macam selalu.
"Seksyen 2 kumpulan 1." Suara Encik KF jelas kedengaran. Tengah check kehadiran kelas akulah tu.
"Ni. Nor Balqis ni mana?" Soal Encik KF. Mesti sebab kotak nama aku tak ditandatangan. Mendengarkan nama aku diseru, aku bingkas berdiri dan mengetuk pintu bilik kuliah.
Ketukan aku menarik perhatian semua, perhatian Encik KF dan rakan kuliah yang lain. Semua menoleh ke arah pintu. Dan aku rasa tebal muka jugak sebab pintu ni pintu kaca, so orang nampak muka selalu datang lambat ni. Tapi... aku tengok muka bebudak ni cemas. Dan waktu Encik KF nak melangkah ke arah pintu yang aku ketuk, class rep pegang tangan encik. Dia cakap sesuatu. Encik pandang aku. Bergetar sedikit bibirnya. Encik berpaling mendekati komputer dan mula membuka slide. Eh taknak bukak pintu ke? Daym lah! Penat tunggu. Dahlah malu dok bersila sini. Orang lalu lalang pandang lain macam. Fed up ah. Lebih baik aku balik. Lagipun lepas ni takde kelas.
Sampai bilik, aku baring atas katil. Dalam bilik ada Mira tengah study Calculus atas katil sebelah katil aku. Mira toleh. Cuak gila muka dia! Tak sempat aku tanya pape, dia dah gerak mencipan keluar bilik. Aku kusut nak mampus. Dah kenapa semua orang ni? Dari tadi semua pandang aku macam aku ni hantu. Gila ke?!!!!
Ah dulik ape. Aku bukak phone. Bukak whatsapp, phone hang. Ugh. Nak main Temple Run pun tak boleh. Hah eloklah tu. Otak semua orang gila, phone pun nak ikut gila. Bodo ah! Aku campak phone ke lantai. Biar berkecai! Gewrumz.
Aku toleh kiri. Posta Lempeng elok tersadai. Pft. Tak ada nafsu nak baca. Akhirnya, aku tidur. Nampaknya tidur je yang memberansangkan.