Saturday, 17 June 2017

ADINDA - full

Telefon pintar di atas meja makan dijeling bersahaja lalu helaian mee Maggie yang terakhir disedut laju ke dalam mulut. Memang dia tidak mahu angkat panggilan itu. Dia bosan!

"Kau boleh tak angkat call tu?" Tegur si Atiq yang muncul dari dapur bersama semangkuk mi goreng segera. Punggung dilabuhkan di kerusi sebelah Aazad.

"Malas." Jawab Aazad selamba.


"Okay kalau tak nak angkat, aku rasa kau dah boleh silentkan phone tu. Memekak dari tadi."

"Kalau aku silent, aku tak dengar orang call."

"Masalahnya orang call pun kau tak angkat."

"Aku tak nak Dinda yang call."

"Dah tu? Kau ada chick lain eh?"

Aazad geleng menjawab soalan Atiq. "Aku tak bela ayam."

Atiq menjulingkan mata ke atas. Loyar buruk.

"Then kau tunggu bunda yang call?"

Aazad geleng lagi. Dan pada waktu itu telefon pintarnya bernyanyi lagi.

Dinda. Tertulis Dinda di atas skrin.

"Angkat jelah. Emergency agaknya."

"Perempuan tu tak adanya emergency. Clingy nak mampus asyik nak call, nak message. Sumpah annoying." Bebel Aazad dalam tidak sedar. Bahasa Aazad yang kasar sedikit menyentak Atiq. Mana tidaknya, Adinda itu kawan rapat dia dan dia juga yang memperkenalkan Adinda pada Aazad.

"Do not mess up..."

Tidak sempat Atiq menghabiskan amarannya, telefon bimbit Aazad bernyanyi nyaring lagi tetapi kali ini dengan nada dering yang berbeza. Terus Aazad menjawab panggilan itu tanpa menghiraukan Atiq.

Aazad melekapkan telefon di telinga dengan sengihan di bibir. Dia bangkit memasuki dapur-- ingin menjauhi Atiq.

"Hello, baby. Dah makan?"

Sayup-sayup kedengaran di telinga Atiq suara Aazad yang kian menghilang. Atiq mengeluh.

Pagi itu, Atiq terserempak dengan Adinda sewaktu dia keluar dari bilik punchcard. Sememeh sahaja wajah Adinda waktu itu. Hendak ditegur pun rasa tidak sanggup, takut-takut disembur oleh Adinda. Bukan boleh duga pun si Adinda ni. Namun saat Atiq ambil keputusan untuk melintasi sahaja Adinda tanpa menegur perempuan itu, Adinda pula yang memanggilnya.

"Tiq."

Atiq menoleh dan mengangkat kening. Tidak tinggal sengihan di bibirnya yang diharapkan moga-moga dapat menceriakan sedikit hari kawannya itu. Semampunya Atiq menyediakan diri dengan apa-apa yang akan Adinda perkatakan. Manalah tahu Adinda mahu menengking,

"Aazad ada betina lain eh?!"

Manalah tahu. Kita perlu expect the unexpected, bukan?

"Aazad dah berapa hari warded?" Soalan Adinda menggamamkan Atiq. What a sudden. I did not expect that.

Dan, sejak bila Aazad warded? Dia ada borak dengan aku semalam. Bisik Atiq keliru.
Atiq yang tergamam terdiam.

Adinda juga diam menanti jawapan Atiq. Dia benar-benar mahu tahu sudah berapa hari Aazad masuk wad. Siang malam otaknya kusut memikirkan Aazad yang sakit. Sakit apa tidak pula dia tahu. Aazad tidak mahu menjawab apa sakitnya.

"Atiq? Sejak bila Aazad sakit?" Adinda menggesa. Atiq yang senyap menambahkan gusar hatinya.

...
...
...

"Atiq!" Jerit Adinda. Sudahlah dia sedang risau, Atiq pula dok macam orang dungu berdiam.

"Sejak bila pulak yang Aazad warded? Dia sihat walafiat je borak dengan aku semalam. Sape bagitahu kau rumors ni?"

Adinda pejam mata rapat-rapat. Gosh, this guy. Nak menipu pulak.

"Jangan tipulah, Tiq. I know he is sick. Dia perlukan penderma untuk derma darah kat dia. Just tell me the truth. Aku okay je terima apa-apa berita buruk pun."

"Aku akan bagitahu yang sebenarnya. Tapi kau jawab dulu soalan aku. Who told you this?" Atiq sudah mula serius.

"Aazad." Jawab Adinda yakin.

"Aazad himself told me this few days ago. So, janganlah tipu untuk sedapkan hati aku. Aku tahu kau tak nak aku risau. Tapi aku perlu tahu dia sakit apa, masuk hospital mana, darah jenis apa yang dia perlukan. If mine suits his, aku sudi derma darah aku untuk dia. Bagitahu je, insya-Allah aku..."

"Jap, jap."

"Apa?"

"Jap, Dinda."

"Kenapa?"

"Ada good and bad news untuk kau."

"Apa?"

"Good news is, Aazad okay. And the bad one is, kau kena tipu. He is totally fine. We watched DVD together last night."

"Hah?"

"Yes. Aku bagitahu kebenaranlah ni."

"Atiq, please."

"Kau dah kenal aku berapa lama? Pernah ke aku tipu kau?"

Atiq lihat Adinda tarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan ganas sebelum dia menjerit kuat...

"AAZAD!!!!!!!"

He is a dead meat. I swear.

Jemarinya diketuk-ketuk pada stereng kereta. Sejujurnya, adalah juga rasa bimbangnya untuk Aazad apabila melihat Adinda begini. Tetapi, siapa suruh Aazad menipu? Kalau tidak suka Adinda lagi, boleh sahaja putuskan hubungan mereka dengan baik. Bukannya begini caranya.
Dan sekarang, dia pula yang tersepit. Antara Adinda yang memang kawannya sejak sekolah menengah, atau Aazad-- dia punya 'bromance'.
Adinda di kerusi penumpang sebelah sedang teresak-esak menangis. Kereta Atiq sudah bersepah dengan tisu basah yang dilempar Adinda. Aduh, sebak benar.

Dan cuba teka, sekarang kami di mana? Ya, kami dalam kereta. Tetapi di mana? You guys should expect the unexpexted. Kami dalam kereta, di hadapan rumah sewa aku dan Aazad sebab Adinda memang mendesak mahu berjumpa Aazad untuk selesaikan masalah ini. Atiq pula serba salah mahu menolak desakan Adinda. Rasa bertanggungjawab pun ada kerana dia yang bersungguh-sungguh mahu Adinda cuba bercinta. Dan dia rekomen Adinda pada Aazad yang... tak guna!

Hampir masuk jam kedua menunggu kepulangan Aazad, akhirnya kereta Aazad parkir di belakang kereta Atiq. Aazad mendekati tempat pemandu kereta Atiq. Namun Aazad tidak bersendirian, dia bersama seorang perempuan yang cantik bertudung. Manis. Puji Atiq dalam hati.

'He is fine. God, he is fine. Damn! Stupid!'
Tidak perlu ditulis lagi makian-makiannya terhadap Aazad.

Aazad ini. Aazad itu. Ah, kurang pahala puasa.
Sebaik Aazad tiba di tepi kereta Atiq, Atiq pandang dia dengan pandangan harapan yang menyampaikan mesej,

"Jangan buat hal, Dinda. Tolonglah."

Kemudian, Atiq keluar kereta dan berbicara dengan Aazad. Harapnya Atiq beri amaran pada Aazad supaya bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal Adinda cetuskan sekejap lagi.

Ah Adinda tidak peduli. Aazad tipu dia. Aazad kata dia sakit teruk. Adinda risau bagai gila. Tidur tidak lena, makan pun tiada selera. Tup-tup Aazad sihat-sihat sahaja.

"Asal tak masuk rumah, bro? Tertinggal kunci rumah ke?" Soal Aazad yang tidak mengesyaki apa-apa.

"Taklah."

"Dah tu kenapa tercongok kat dalam kereta? Eh and, by the way, this is Husna. Dia datang ni sebab nak tengok rumah macam mana since dia akan menyewa kat taman ni bulan depan. Husna, ni Atiq. Bromance I." Jelas Aazad detail siap memperkenalkan Atiq pada Husna lagi. Dia tidak tahu ada taufan yang bakal melanda.

"Okay. Kenapa nak tengok rumah kita orang? Owner rumah you tak bagi you tengok rumah ke?" Tanya Atiq terus. Tiada masa mahu berkenalan atau apa-apa dalam keadaan yang tegang ini-- biarpun tidak disedari Aazad.
Aazad jegil mata pada Atiq. Tak berlapik langsung.

"Owner rumah I busy. So I tak nak ganggu dia. Tapi kalau you keberatan or tak izinkan, I faham and I'm fine. I boleh tunggu owner rumah tu je." Husna menjawab lembut dengan senyuman mekar di bibir. Kalau Atiq bukan dalam mode tegang, pasti tangkai jantungnya bergetar.

Tiba-tiba kereta Atiq bergoyang sedikit. Aazad tinjau sekilas ke dalam kereta, ada figura kabur yang bertudung oren. Aazad pandang Atiq penuh makna dan senyum nakal.

"Patutlah tak masuk rumah. Dating. Siapa tu?"

"You are so dead, mate. It's Adinda."

Aazad tercengang. Serentak itu, pintu kereta Atiq belah penumpang hadapan dibuka dari dalam. Wajah Adinda dengan mata bengkaknya tersembul keluar.

"I can explain this, Dinda." Belum pun Adinda suarakan apa-apa, cepat Aazad buka mulut.

"So... awak sakit?" Tanya Adinda, lebih kepada menyindir.

"Saya... saya dah sihat, Dinda. Saya..."

"Amboi cepatnya sihat. Who is the donor yang derma darah untuk awak?" Adinda mula berjalan menghampiri Aazad dan Atiq. Atiq menjauh sedikit.

"Saya boleh jelaskan." Suara Aazad perlahan.

"Okay, jelaskan."

"Saya tak sakit. Saya cuma nak berehat dari awak." Penjelasan Aazad membuatkan Adinda kerut kening. What is meant by that?

"Baby, you tunggu dalam kereta jap. Boleh?" Suaranya dikawal sebaik mungkin. Husna yang dapat rasakan aura tegang dan pelik antara perempuan bermata sembab dengan Aazad hanya mengangguk lalu meminta diri.

Baby. Perkataan itu laju dicerna otak Adinda. Baby? Baby?!

Sebaik Husna hilang ke dalam kereta, Aazad bicara lagi.

"Saya rimas dengan awak. Awak tak boleh langsung nak berenggang dengan saya. Saya perlukan masa untuk diri saya jugak."

"Baby?" Biarpun apa yang dikatakan Aazad menyakitkan hatinya, namun 'baby' yang disebut Aazad tadi lebih menarik perhatian.
Aazad kerut kening.

"Baby?" Aazad diam sekejap. Dan kemudian...
'Shit! Did I mentioned 'baby' just now?!' Ya, Aazad tersasul di hadapan Adinda sendiri. Bodoh, Aazad. Bodoh. Makinya sendiri.

"Awak boleh explain pasal baby awak tu sekali? Atau awak nak baby awak tu explainkan sendiri pada saya? Hah?" Oktaf suara Adinda sudah menaik satu. Atiq yang memerhati hanya mampu menggeleng kepala. Dia kesal.

Satu, kesal sebab Aazad sanggup curangi Adinda yang jelas nampak mencintai dia.

Dua, kesal sebab Aazad buat kerja tak clean. Sad, bro.

"No jangan babitkan dia, Adinda! Dia tak salah pun..."

"Jadi siapa yang salah? Aku ke yang salah?!" Adinda mula menjerit. Dada Aazad ditolak kasar.

"Kau kata kau rimas dengan aku! Kau kata aku tak boleh berenggang dengan kau! Padahal kau ada betina lain!" Sekali lagi, tangan Adinda memainkan peranan. Kali ini kedua-dua bahu Aazad ditujah ganas.

Radangan Adinda terhenti seketika apabila Husna keluar dari kereta dan mula mendekati mereka. Husna tidak betah memerhati Aazad ditangankan oleh perempuan entah siapa-siapa di hadapan matanya.

"Sorry, kak. Kenapa ya?"

Adinda jeling Husna. Panas.

"Eloklah kau mintak sorry kat aku. Nampaknya kau pun tahu kau buat salah kat aku kan?" Sindir Adinda dan Husna nampak gamam disindir tiba-tiba.

"Adinda, Husna tak ada kena mengena dalam hal ni." Tegas Aazad mempertahankan Husna.

"Oh... Husna? Aku ingat nama dalam IC kau memang baby!"

Husna senyum hambar. "Aazad ada buat salah apa-apa ke dekat akak?" Soalnya lagi, masih lembut.

"Eh kau tak payah konon-konon sucilah tanya aku lembut-lembut macam ni. Kalau dah perampas tu perampas jugak. Lain kali kalau kau nak bercinta, jangan ambil hak orang. Ni main sambar je macam perempuan murah!"

Pang!

"Aazad!" Meninggi suara Husna melihat Aazad pantas menyepak pipi perempuan mata lebam yang garang ini.

"Kau tak ada hak nak judge Husna. Sebab kau tak ada apa yang Husna ada. Husna ada adab, dan kau tak ada benda tu." Aazad bersuara keras.
Adinda jeda. Pipi terasa pijar tetapi Aazad melempangnya tadi bagaikan mimpi.

"Bro! Aduh, ni yang aku tak suka ni." Atiq garu kepala yang tidak gatal.

Sejenak, Adinda menunduk dan senyum. Waktu dia tunduk itu, tangan Adinda naik menyentuh matanya. Kemudian Adinda dongak semula memandang Aazad yang tinggi berhadapan dengannya.

Aazad garang memandang dia. Sakitnya hati, Tuhan. Hendak dia ucapkan terima kasih pada Aazad untuk segalanya namun tidak satu pun perkataan yang terungkap. Jika dipaksa pun mulut berbicara tetapi lidah kelu untuk bersuara, tidak guna juga. Jadi Adinda putuskan untuk pergi dari situ.

Dia lintasi Atiq yang tegak memerhati.

"Masuk kereta. Aku hantar kau balik." Ujar Atiq dingin. Adinda buat tidak tahu. Langkahnya terus sahaja dihayun.

Pantas Atiq sambar lengan Adinda. Dengan tegas, Atiq bersuara.

"Aku hantar! Jom."

Atiq lihat air mata Adinda gugur lagi di pipi.

Itu, tiga tahun lalu. Sekarang ni Adinda tengah kalut menyediakan hantaran kahwin yang berbaki lagi satu. Gila betul Atiq. Baru nak beritahu yang hantaran pihak lelaki belum siap satu apa pun! Ha, bagai lipas kudung Adinda ke hulu hilir mencari inspirasi untuk siapkan tujuh dulang hantaran pihak lelaki.

Itulah. Atiq ingat abang-abang dan adik-adik lelaki dia cukup kreatif ke untuk sediakan hantaran pihak dia?

"Bagilah tahu awal-awal. Bolehlah aku pergi kursus menghias hantaran ke apa ke. Ni bagitahu last minute. Aku dahlah lemah susun sirih ni!" Adinda berang. Dari pagi tadi dia dok tersimpul-simpul daun sirih dengan harapan simpulannya akan menghasilkan keindahan, namun sebaliknya pula yang terhasil.

"Kau buat jelah diam-diam. Fokus sikit buat kerja ni. Kalau tak siap, tak kahwinlah aku dengan Syikin."

"Ala lebih-lebih pulak. Tepak sirih je pun. Bukan tok kadi." Bebel Adinda lagi. Atiq sekeh kepala Adinda.

"Membebel apa lagi? Buat kerja kena ikhlas tau! Tu tu, sengetlah, Dinda. Alignment lari. Tak lawa. Buatlah elok-elok."

Adinda mula bengang. Kabus rangka tepak sirih ditolak jauh.

"Hah kau buat sendiri! Malas dah aku nak buat."
Berdekah meletus tawa Atiq. Izmeth dari leka scroll telefon bimbit juga teralih perhatiannya mendengar Adinda marah.

"Garangnya." Tegur Izmeth, tersenyum. Adinda jeling Izmeth dan Atiq.

"Saya penat tau buat tepak sirih ni. Tapi si mamat ni komplen dari tadi. Eh sakit betul hati aku." Adinda menggumam perlahan.

"Betullah apa yang Atiq cakap. Kita memang kena ikhlas tolong orang."

"Ah sama jelah korang! Back up lah sesama sendiri." Tepak sirih dicapai semula lalu dia sambung apa yang tertangguh.

Adinda tahu kalau dia merajuk atau protes atau apa-apa sahaja dengan dua orang lelaki ini, pasti dia tidak akan menang.

They will always got each others back.
Men.

Siapa Izmeth? Izmeth ialah pelajar Adinda. Seorang lelaki yang membuka perniagaan menjual komponen-komponen elektronik dan barangan-barangan elektrik. Umur sudah mencecah 26 tahun tetapi baru mahu menyambung ijazah. Tak apalah, ilmu tidak mengenal usia.

Untuk diceritakan bagaimana Izmeth mulakan langkah mendekati Adinda, mungkin akan mengambil masa berhari-hari untuk dikhatamkan kisah. Jadi, bagi menjimatkan masa, Izmeth berjaya buka semula hati Adinda sejak kenangan buruk tiga tahun lalu!

Majlis perkahwinan Atiq dan Syiqin berjalan lancar. Segalanya meriah, tetapi Adinda berasa panas punggung. Atiq memang nak kena! Atiq dah janji untuk tidak menjemput Aazad ke majlisnya ini. Tapi...

... kalau Atiq tak jemput, macam mana pula Aazad ada di depan matanya sekarang?!
Aazad berjalan dari arah bertentangan dengannya. Dia tidak perasankan kewujudan Aazad pada asalnya. Dan jika bukan Aazad yang menegur dia, barangkali dia tidak sedar pun yang Aazad turut hadir majlis tersebut.

"Dinda." Aazad seru lagi nama itu biarpun tuannya sudah tercegat di hadapannya.
Adinda takzim berdiri di situ. Biarpun pandangan Adinda nampak kosong, tetapi Adinda nampak cantik di matanya. Adinda kelihatan lebih sopan dengan tudungnya yang sudah labuh menutup dada. Pakaiannya juga longgar. Tidak melekap macam dahulu.

"Kau nak apa?" Adinda yang merasa diri di perhati dari atas ke bawah membetul-betulkan kebaya di badannya.

"Sihat?" Soal Aazad sepatah. Kekok sebenarnya.

"Sihatlah. Kalau aku dah nak mampus, aku tak ada kat sini." Seusai menjawab dengan penuh hemah, Adinda tinggalkan Aazad sendiri. Adinda rasa tidak sabar mahu menunggu majlis tamat supaya boleh dia berjumpa dengan Atiq dan boleh dia cili-cilikan mulut Atiq yang memungkiri janji. Siap kau, Atiq.

"Dia kawan aku jugak, kan? Janganlah macam ni." Atiq cuba memujuk sementelah sedar dengan silap sendiri. Silap bukan menjemput Aazad ke majlis itu. Silapnya adalah berjanji bukan-bukan dengan Adinda. Macam manalah dia boleh berjanji untuk tidak menjemput Aazad pada majlis perkahwinannya? Bromance dia kot.

"Habis aku ni siapa?" Tanya Adinda mendatar.

"Kau kawan aku jugaklah. Tapi Aazad lain. Dia lelaki. Lelaki punya brotherhood kuat, Dinda."

"So Aazad lagi spesial dari aku? Kau anggap aku ni apa?"

Atiq berdecit perlahan. Raut hiba memenuhi wajah Adinda.

"Kau spesial, Dinda. Tapi aku anggap kau kawan jelah. Marah bini aku nanti kalau anggap kau lebih-lebih."

Adinda pandang Atiq kesal. Dia bukan mahu bergurau atau berlebih-lebih, tetapi bukankah Atiq sudah berjanji? Yang Atiq berjanji dengannya itu pun, bukan dia yang minta atau paksa. Atiq sendiri yang mahu berjanji.

"Brotherhood lelaki ni kuat, kan?" Tanya Adinda.

"Sebab tu agaknya lelaki kuat menipu. Sebab berjangkit dengan kawan penipu." Adinda bersarkastik. Atiq tercengang menerima sarkastik Adinda. Adinda yang penuh dengan sindiran memang Adinda kawan dia. Tapi... Adinda tidak meninggikan suara pun?

"Dinda!"

Langkah Adinda berhenti saat Atiq panggil namanya.

"Dinda, aku minta maaf. Kau marah aku ke?"
Adinda berpusing menghadap Atiq semula.

"Kenapa? Rasa janggal bila aku tak maki kau? Aku kecewa, Tiq. Tapi aku tak maki kau sebab aku nak buktikan kat dia yang aku pun ada adab." Ujarnya seraya berpaling pergi. Sesaat selepas itu, Aazad datang menyentuh bahunya.

"Bro." Mereka bersalaman. Baru berpeluang untuk berjumpa depan-depan.

"Tahniah, bro." Ucap Aazad sambil matanya tidak lepas memandang Adinda yang menjauh.

"Sebab aku nak buktikan kat dia yang aku pun ada adab." Terngiang-ngiang kata-kata Adinda bermain di mindanya. Patutlah pun macam tergesa-gesa mahu pergi. Nak mengelakkan Aazad rupanya.

"Bro?" Bahu Atiq ditepuk.

"Mengelamun pikir bini ke?"

"Hahahah tak doh. Zad, kau ada jumpa Adinda ke tadi?" Soal Atiq terus terang.

"Er... ada."

"Dia macam mana?"

"Prettier." Adinda yang duduk di bawah khemah yang makin berkurang tetamu diperhati dari jauh. Tidak lama kemudian, Adinda didatangi seorang lelaki. Lelaki itu duduk di hadapan Adinda yang membelakangkan Aazad dan Atiq. Aazad perhati sahaja, lelaki itu nampak seperti rapat dengan Adinda. Setahunya Adinda tiada adik-beradik lelaki. Siapa dia?

"Izmeth. Pengganti kau." Ujar Atiq tanpa dipinta, seolah-olah mendengari bisik hati Aazad.

"Aku tak tanya."

"Kau akan tanya."

"Nope. Never."

"Yelah tu. Dah, aku nak pergi jumpa saudara mara aku jap."

"Bro, jap. Dah berapa lama dia orang tu?"
Mendengarkan soalan Aazad, Atiq lempar senyuman mengejek pada Aazad. Never konon.

"Six... seven months macam tu. Kau jangan buat hal kacau hubungan orang pulak." Sempat Atiq memberi amaran sebelum dia menghampiri kumpulan manusia yang berkumpul bersama isterinya yang baru dinikahi.

"Awak okay?" Izmeth jeling Adinda yang senyap dari tadi.

"Okay." Jawab Adinda sepatah.

"Seems like no... tak nak kongsi cerita dengan saya ke?" Izmeth senggol-senggol bahu Adinda dengan sengihan mengusiknya.

"No."

"Hm. That's alright. Tapi janganlah diam aje. Risau saya."

Adinda menunduk. Kepalanya yang dilitupi tudung diketuk-ketuk. Adinda menjerit nyaring. Kaki dihentak-hentak geram.

"Eh eh, sayang! Sabar, sabar." Cepat signal diberi dan kereta membelok ke bahu jalan. Kereta diberhentikan di situ.

"Kenapa ni?" Izmeth menghadap Adinda.

"Kenapa saya asyik terfikirkan dia?!" Tanya Adinda garang pada Izmeth. Satu per satu perkataan ditekankan. Haah betul, Aazad tak guna tu asyik bermain dalam kepala otak dia. Sudahlah tu, yang asyik terimbau hanya momen dia ditampar depan Atiq dan Husna pulak!

"Tiga tahun saya cuba lupakan dia. I almost succeed. Tapi kenapa dia datang majlis Atiq? Tiga tahun saya jadi sia-sia! Ya Allah... hati saya sakit sangat tau, Iz. Why on earth I met him now?!" Adinda menjerit lagi, kakinya dihentak-hentak lagi. Lebih agresif.

"Sayang... dengar ni." Lembut Izmeth bersuara, cuba menenangkan Adinda yang hampir lost mind.

"Saya tak mungkin faham apa yang awak rasa. Saya tak mungkin faham macam mana susah payah awak untuk lupakan dia. Dan awak bertemu dengan dia semula hari ini selepas tiga tahun, pasti ada hikmahnya kan? Mungkin sebab Allah nak dia tengok yang awak sekarang ni bahagia walaupun bukan dengan dia?"

Jeda Adinda. Dia kembali tenang.

Tidak, dia tak boleh stress. Dia tak boleh hilang kawalan macam tiga tahun lalu. Dia perlu bertenang.

Ya, aku perlu bertenang!

"Saya pun nak dia tengok saya bahagia walaupun bukan dengan dia." Bisik Adinda penuh azam. Kemudian dia toleh pandang Izmeth yang kekal dengan senyuman menyenangkan.

"Iz, jom kahwin!" Adinda yakin. Ya!

Adinda yakin, namun tidak Izmeth. Benar dia mahu memperisterikan Adinda, tetapi... Adinda mahu mereka kahwin secepat mungkin. Bercanggahnya dengan kemahuan Izmeth yang mahu tamatkan dahulu pengajiannya dan kemudian baru perihal kahwin ini diketengahkan.

"Apa yang susah sangat? Datanglah pinang saya!"

"I will. Tapi bukan dalam waktu terdekat ni. Bagi saya habiskan degree saya dulu, baru saya hantar rombongan meminang, okay?"

Nafas berat dilepas geram. Ajak kahwin pun susah!

"As soon as possible. In within this two months kalau awak masih tak bertindak apa-apa, kita putus."

"Adinda, please. Bagilah saya masa. Saya takut saya tak mampu beri komitmen pada rumah tangga kita."

"No! Saya tak ada masa nak beri awak. By hook or by crook!"

Izmeth sudah menggumam dalam hati. Dia boleh sahaja bernikah dalam waktu terdekat ini. Bukan dia tiada harta benda, segalanya lengkap dari sekecil perkara. Cuma dia tidak mahu terkapai-kapai selesaikan ijazah dan dalam masa yang sama dia perlu menguruskan rumah tangganya. Lagi pula perkahwinan itu bukan satu permainan. Perkara penting perlukan masa untuk dilaksanakan. Bukan suka-suka nak, lalu terus berlaku. Tak.

"Sekarang bagitahu saya, awak nak kahwin dengan saya sebab betul awak sayangkan saya atau sebab awak nak buktikan dekat Aazad yang awak bahagia?"

"Apa kena mengena dengan Aazad pula? Saya ajak awak kahwin je. Yang awak melalut sampai ke Aazad apahal?" Adinda sudah tergamam sebenarnya. Izmeth bijak membaca hatinya. Namun demi melindungi niatnya, Izmeth pula yang dipersalahkan.

"Jadi kenapa terburu-buru, sayang? Kita masih ada masa."

"Cakap jelah yang awak tak sukakan saya."

"Ha sudah. I didn't say that."

"Tingkah laku awak says it all." Tangan dibawa bersimpul di dada.

"Adinda. Saya sayang awak. Kalau ikutkan hati, dari awal saya kenal awak lagi saya nak kahwini awak. Tapi saya fikirkan juga nanti kalau saya sibuk dengan final year, saya takut awak terabai."

"Tapi... Iz... saya nak Aazad tengok saya happy. Saya nak dia sakit tengok saya gembira." Terluah juga niat sebenar Adinda. Namun Izmeth tenang menerima. Sudah dia agak pun. Dan dia faham.

"No, you don't have to feel that way. Live your life to the fullest tanpa fikirkan dia. Awak akan lagi bahagia kalau awak tak simpan apa-apa dendam. Can you promise me that?"

Decitan terbit lagi dari mulut Adinda.

"Boleh janji ke tak?" Bahu Adinda ditujah lembut dengan sebuah buku yang telah digulung bulat. Adinda jeling Izmeth.

"Tak payah kacaulah!"

"Saya nak awak janji. Bukan nak awak marah saya."

"Awak tu yang sepatutnya buat janji kahwini saya." Omel Adinda sebelum pintu biliknya diketuk seorang pelajar lelaki.

"Cik, free tak? Boleh saya jumpa?"

Izmeth toleh pandang budak lelaki itu kemudian matanya mengecil memandang Adinda semula.

"Saya janji akan jadikan awak isteri saya. Jangan menggatal dengan orang lain pulak." Bisik Izmeth perlahan sekadar cukup-cukup untuk Adinda dengari.

Adinda menjemput pelajar lelaki tadi masuk. Izmeth yang masih tidak berganjak diberikan satu lirikan menghalau. Izmeth juling mata ke atas. Dia bangun dan sebelum dia keluar, dia memesan lagi.

"Ingat yang awak dah ada saya."

"Hish, keluar jelah."

Pelajar lelaki itu senyum kekok melihat adegan pensyarahnya dengan seorang pelajar tahun tiga.

Sebaik Izmeth meninggalkan bilik itu, pelajar lelaki itu mengambil tempat dan terus mengeluarkan sehelai kertas dan sebatang pen.

"Saya nak tanya pasal assignment Electronic System, cik."

Izmeth di luar bilik terdengar kata-kata pelajar itu menghela nafas lega. Mana tidaknya, pelajar itu pelajar tahun satu yang memang sangat hot diperkatakan semenjak kemasukannya. Hensem pun hensem, rajin pun rajin. Kalau tak rajin, tak adanya datang jumpa pensyarah untuk menyelesaikan kekeliruan ye tak?

Sekali lagi, Izmeth lepas nafas lega sambil senyum senang. Dia percayakan Adinda.

Semenjak pertemuan semula dengan Aazad dua bulan lepas, ada kala malamnya dia tidak mampu lena dek teringatkan kisah-kisah lampau. Seperti malam ini. Selain kejadian dia ditampar oleh Aazad depan Atiq dan Husna, pertemuan seterusnya juga mengganggu fikiran Adinda.

Selepas kejadian Aazad melempang dia itu... hm, kejap. Kita tukar ayat. Selepas kejadian Aazad kantoi curang dengannya dulu, dia ada pergi berjumpa dengan Aazad. Sejujurnya dia telah tawar hati. Sudah dimalukan sebegitu tak mungkin ada lagi ruang untuk Aazad dalam hatinya. Cuma, dia mahu tahu apa yang membuat Aazad beralih arah. Sekurang-kurangnya apabila dia tahu sebab, boleh dia pujuk hati sendiri.

"Saya minta maaf pasal hari tu."

"No. It's okay. What an experience..." Adinda kacau jus orennya menggunakan straw. Terlepas keluh kesal dari mulut Aazad mendengarnya. Adinda dan sarcasm... kekal bersahabat. Dia bukannya tiada hati langsung, sebenarnya dia sendiri terkejut dengan tindakannya menyakiti Adinda. Cuma pada waktu itu dia terlalu ikutkan hati.

"This is... awkward, Dinda. Saya tak tahu apa akan jadi dengan hubungan kita lepas ni. I am so sorry that I hurt you..."

"Berhentilah minta maaf ni. Saya datang jumpa awak bukan nak dengar kata maaf awak tu. Saya nak tahu apa yang buat awak cari perempuan lain? Sebab dia cantik? Lembut? Oh... saya lupa pulak. Sebab dia beradab. Benda yang dia ada tapi saya tak ada." Adinda angguk-angguk. Pada yang mendengar, pasti menganggap Adinda sedang memerli. Tetapi hakikatnya Adinda kesal kerana dia tidak mampu jadi yang terbaik walaupun dia telah cuba yang terbaik. Dan itu lebih memerli dirinya sendiri.

Aazad sudah bersandar ke kerusi. Dia pejam matanya seketika.

"Inilah sebab saya cari orang lain. Awak tak sudah-sudah nak perli orang. Tak reti jaga hati orang. Cakap ikut sedap mulut je. Dari awal kita kenal awak tak pernah jaga hati saya, Dinda. Awak tak pernah fikirkan perasaan saya. Jadi awak tak boleh salahkan saya kalau saya cari orang lain. Lagi pun, Husna is better than you. I can't deny that." Panjang penjelasan Aazad. Adinda boleh terima semua. Kecuali, part dia dibandingkan dengan perempuan lain.

"Come again?"

"Sorry if that hurts you but it is true."

Adinda pandang Aazad kecil besar sahaja. "Okay whatever. Kalau dia betul lebih elok dari aku, aku harap dia sanggup korbankan segalanya untuk kau."

"Dan, kalau kau nak tahu apa jadi dengan hubungan kita lepas ni... kita putus." Adinda lempar senyuman paling sinis dia boleh buat.
Straw di dalam gelas ditarik keluar. Jus oren diteguk laju hingga ke titisan terakhir.

"Tolong bayar eh. Ini last kau kena belanja aku. Terima kasih untuk semuanya. Assalamualaikum."

Poof! Semenjak itu, Adinda tidak lagi berjumpa dengan Aazad. Atiq? Atiq berpuluh-puluh kali meminta maaf. Katanya dia rasa bersalah kerana memperkenalkan Adinda pada Aazad dan dia tidak duga kesudahan kisahnya akan jadi seperti ini.

Hari Sabtu.

Adinda jeling jam tangan yang tergantung di pergelangan tangan kanan yang memegang stereng. Pukul tiga petang. Dia janji dengan Atiq hendak berjumpa lepas Zuhur, dalam pukul dua macam tu. Ah tapi pukul tiga pun lepas Zuhur juga. Lagi pun siapa suruh buang tebiat tiba-tiba nak berjumpa dengannya pada hari Sabtu? Padahal setiap hari jumpa di kampus boleh sahaja kalau nak belanja minum ke apa. Kenapa kena Sabtu? Sabtu adalah hari tidur sedunia!
Secret Recipe Ayer Keroh. Adinda dah sampai. Sebelum masuk kedai lagi Adinda dah nampak seorang lelaki ber-T biru laut yang membelakangkannya. Atiqlah tu. Atiq ada cakap dia pakai baju warna biru laut.

"Woi! Lama tung..."

Ini bukan Atiq.

Ini bukan Atiq!

"Duduklah." Pelawa Aazad apabila melihat Adinda tercegat memandangnya. Bukan dia tidak nampak wajah terkejut Adinda, tetapi dia buat-buat tidak nampak. Pasti Adinda tidak dugakan ini.

Adinda ketawa sinis. "Memang taklah." Adinda ingin tinggalkan Aazad tetapi Aazad capai tangannya. Aazad genggam kuat.

"Duduklah dulu."

"Tak nak. Lepas, boleh tak?" Adinda kawal suaranya sebaik mungkin. Tidak mahu mencipta onar di situ.

"Duduk dulu. Baru saya lepaskan." Aazad bangkit dan sedikit mengheret Adinda dan paksa Adinda duduk di depannya. Adinda meronta juga namun Aazad lebih kuat tenaganya.

"Kau ni kenapa?!" Keras nada suara Adinda.

"Kenapa sombong sangat eh?"

"Kau nak apa ni? Cakap cepat. Aku tak ada masa nak luangkan untuk kau."

"Nak borak je. Awak nak makan apa? Saya orderkan."

"Jangan buang masa akulah. Nak borak apa benda entah!" Adinda berura-ura mahu bangun.

"Sit, Dinda." Kedua-dua kaki Aazad di bawah meja mengepit kuat betis Adinda. Adinda hendak marah tetapi Aazad renung dia tajam.

"Sit." Kali ini pandangan Aazad seperti memberi amaran pula. Jujur, ini kali pertama Adinda rasa takutkan Aazad. Serious.

"Bagus. Dengar kata. Awak banyak berubah ye, sekarang ni lebih mudah dikawal." Kata Aazad sambil mengunyah pasta yang disuapnya tadi. Sebiji bebola daging yang dicucuk di hujung garfu disuakan pada Adinda.

"Assalamualaikum, Dinda." Atiq tayang senyum mesra. Bilik Adinda dimasuki tanpa meminta izin seperti biasa.

"Dinda." Panggil Atiq apabila Adinda tidak menoleh walau sedikit pun padanya. Adinda masih leka menyelak kertas-kertas assignment pelajarnya.

"Dinda. Dinda. Dinda. Dinda. Dinda. Adinda Taliyah Ahmad Razi." Nama Adinda dizikirkan untuk menarik perhatian perempuan itu.

Adinda mendongak memandang Atiq. Dia malas nak cakap dengan Atiq. Atiq tipu dia.

Atiq telan liur menerima pandangan hambar Adinda. "Er... jom lunch dengan aku nanti."

"Kenyang." Jawab Adinda sepatah.

"Lunch nanti...?"

"Aku kenyang sangat. Sebab dah makan dengan kawan kau kelmarin. Kau lupa ke?"

"Ingat..." Atiq menjawab, sedikit berbisik. Sedar dengan kesalahan sendiri. Adinda menjeling.

"So? Blah."

"Dinda... sorry pasal hari tu. Dia merayu kat aku, aku terpaksa."

"Aku tak nak tahu."

"Aku kesiankan dia. Dia nak tebus..."

"Aku tak nak tahu, Tiq."

"... salah dia kat kau. Dia kata dia menyesal dengan apa yang jadi dulu. Dia nak berbaik. Dia tak buat apa-apa dekat kau kan?"

"Kalau dia buat apa-apa pun kau peduli apa? Kau tak kisah pun pasal aku kan? Kau cuma peduli pasal brotherhood korang tu. Tak cukup ke dengan apa yang Aazad buat kat aku dulu untuk buat kau faham yang aku memang tak nak berbaik dengan dia?! Susah sangat eh nak faham?"

Adinda jeling jam di dinding. Sudah pukul 9.45 pagi. Eloklah tu. Dia ada kelas, boleh dia elak dari Atiq. Buat masa sekarang ini hatinya masih membara. Tengok muka Atiq sekejap pun rasa kecewa.

Dia siap-siap kemas meja.

"Aku ada kelas. Aku rasa kau boleh keluar sekarang." Adinda tegak berdiri menujah pandang pada Atiq. Atiq sukar mahu mendiskripsikan pandangan Adinda itu.

"Dinda..."

"Apa lagi?" Keras suara Adinda menyoal.

"Sorry?"

"Tak payah mintak maaf. Banyak lagi maaf orang lain yang aku belum beri. Kunci pintu aku sebelum keluar." Adinda terus menonong meninggalkan Atiq.

"Atiq kata awak merajuk dengan dia?" Tanya Izmeth cermat. Adinda yang leka dengan telefon pintar di sebelah dijeling sebelum fokus semula pada pemanduan.

Adinda tidak berkutik. Masih tertumpu pada telefon pintarnya.

"Merajuk kenapa? Atiq buat salah ke?" Soal Izmeth lagi apabila soalan pertamanya tidak berjawab.

'Menyampah gila, okay? Dah buat salah lepas tu nak mengadu dekat Iz pulak. Nak suruh Iz pujuklah tu.' Omel Adinda dalam hati.

"Atiq terlepas cakap tadi. Dia tak suruh saya pujuk awak pun. Cuma, dia minta saya sampaikan kata maaf dia pada awak."

Adinda hampir meletus tawa apabila kata-kata Izmeth seperti membidas omelannya. Namun dia tahan. Kang kalau tergelak, dah tak nampak serius!

"Awak pesan dekat pensyarah kesayangan awak tu, lain kali jangan memandai-mandai."

"Hm. Apa yang Atiq dah buat?"

"Awak ni banyak tanya tau. Macam nak back up si Atiq tu je. Brotherhood awak dengan dia pun kuat jugak ke?" Sembur Adinda tiba-tiba membuatkan Izmeth ketawa.

"Adinda... Adinda... tak pasal-pasal saya kena. Saya cili mulut awak tu nanti main tuduh saya pulak. Saya tanya je sebab saya ni mat romantik yang caring. Jadi caring pun kena sembur. Yelah... kalau awak tak sudi saya care pasal awak, tak kanlah saya nak paksa."

"Eii yelah yelah! Sorry!"

"Awak tak salah pun. Kalau awak tak sudi saya nak buat macam mana."

"Iz! Dahlah tu. Saya pulak yang cili mulut awak tu karang!"

"Betul, Dinda. Saya sedar saya siapa, awak siapa."

"Izmeth!" Bahu Izmeth dicubit dan dipulas sekuat hati.

"Auuu! Okay okay saya stop!" Terkapai-kapai Izmeth melepaskan cubitan Adinda. Tergelak-gelak dia. Memang suka usik Adinda. Perempuan itu asyik nak marah aje, padan muka kena usik.

"Ha buat lagi! Sekali lagi awak cakap benda bukan-bukan, siaplah."

"Kenapalah garang sangat pensyarah saya ni..."

"Future wife." Adinda membetulkan gelaran Izmeth buat dirinya.

Izmeth diam. Sejak dua menjak ini mindanya seperti dibebankan dengan bermacam-macam namun dia tidak tahu apa. Hatinya rasa berdebar-debar sepanjang masa. Sekarang pun. Tapi dia tak nak layankan.

"Dinda, kalau kita tak sempat kahwin... macam mana?"

Dari pandangan luar kereta, pandangan Adinda pantas terarah pada Izmeth yang berwajah selamba. Entah kenapa, soalan Izmeth itu mengundang sayu pada Adinda.

"Kenapa tanya soalan macam ni? Apa maksud awak tak sempat?"

"Entah. Saya tanya je. Manalah tahu kot-kot saya tinggalkan awak."

Bahu Izmeth dipukul sekali.

"Awak... awak... nak tinggalkan saya ke?"

"Tak mungkin saya akan tinggalkan awak. Tapi saya tak tahu masa depan nanti macam mana. Saya tak tahu hati saya yang berbolak-balik ni akan setia dengan awak atau tak. Saya tak tahu esok lusa jantung saya masih akan berdegup kencang atau tak tiap kali memandang mata awak."

"Saya tak sukalah awak cakap macam ni." Tubuh dipeluk.

"Kemungkinan ada pada semua perkara, Dinda. Tapi! Awak kena ingat. Whatever happens, saya tetap sayang awak tau."

Adinda memuncung. Tidak menjawab cakap Izmeth.

"Ala, bukan saya nak tinggalkan awak pun. Kalau berkesempatan, saya janji saya akan nikahi awak. Saya janji akan sayang awak sampai hujung nyawa saya."

"Promise ke?" Tanya Adinda perlahan. Kata-kata Izmeth buat dia khuatir pula. Antara perkara yang paling susah untuk dia kawal adalah perasaan ketika menghadapi perpisahan dengan orang yang dia sayang. Dia paling tidak suka perasaan itu.

"Promise. Saya dah hopeless romantic macam ni, tak kanlah saya tak promise?" Izmeth hulur senyuman manjanya pada Adinda. Wajah murung Adinda ditatap seketika.

Sungguh, dia sayang Adinda. Kalau boleh, dia mahu halalkan Adinda untuknya dan hidup dengan Adinda selama-lamanya.

Kalau boleh. Nak cerita tentang kalau, pasti tiada siapa-siapa yang akan kehilangan. Jika dicerita tentang kalau, pasti yang kujur di hadapan Adinda ini bukan Izmeth.
Izmeth kemalangan!

"Iz... bertahan Iz. Atiq ambil kereta kejap. Kita pergi hospital ya, sayang. Awak tahan jap ya."

Kepala Izmeth dalam pelukannya. Darah-darah yang mengalir dari tubuh badan Izmeth merobek hatinya. Peluh bercampur darah yang terbit di dahi Izmeth dilap dengan tudungnya. Kesakitan Izmeth seolah dapat dirasai sekarang.

"Dinda..." suara Izmeth lemah. Matanya mencari anak mata Adinda yang digenangi air mata.

"Ya, Iz. Awak tahan kejap. Awak kuat, kan?"

"Jan... jantung saya masih... berdegup kencang menatap... mata... awak... Saya tak dapat... tunaikan janji saya..."

"Stop talking, Iz. You will be fine. Everything will be fine!" Sedikit keras suara Adinda. Izmeth suka bercakap yang bukan-bukan!

"Awak akan okay. Allah akan tolong awak. Awak kena bertahanlah kejap. Jangan cakap macam ni." Wajah Izmeth dilap sekali lagi apabila dibasahi semula dengan darah yang mengalir dari ubun-ubun lelaki itu.

"Adinda, saya... sa... yang... awak..."

"Saya tahu. Saya sayang awak jugak."

"Allah..." Dadanya perit. Bagai disentap kuat. Nafasnya jadi tidak teratur.

Adinda cemas melihat Izmeth yang tercungap-cungap. "Ya Allah! Atiq!!! Atiq cepatlah!!!" Nadi di leher Izmeth dirasa. Makin lemah.

Semakin lemah.

Lemah.

Tiada.

Adinda cuak. Izmeth sudah kaku dalam pelukannya. Nafas Izmeth dirasa dengan telunjuknya. Tiada.

Pergelangan Izmeth dicapai kasar lalu dirasa.
Tiada.

"Iz?" Bahu Izmeth digoyang kuat.

"Iz, bangun." Bahu Izmeth digoyang lagi. Seraya itu, Atiq tiba dengan kereta.

"Bangunlah, Iz... Atiq dah sampai. Kita pergi hospital. Iz..."

Atiq tergesa-gesa keluar dari kereta. Tubuh Izmeth dicempung dan dibawa masuk ke dalam kereta tanpa menunggu apa-apa.

"Iz dah tak ada, Tiq."

Terkedu Atiq. Tubuh Izmeth yang dibaringkan di belakang kereta dipandang.

Kaku.

Jenazah Izmeth telah dikebumikan selepas solat Jumaat tadi. Jenazahnya disolatkan di masjid universiti oleh para pelajar dan staf universiti. Ramai yang bersedih atas kepergian Izmeth. Izmeth sewaktu hidupnya sangat baik. Tidak lokek dalam memberi apa-apa. Izmeth sentiasa berusaha menjadi yang terbaik untuk orang sekelilingnya.

"Ramai yang sayangkan awak. Tapi mana mampu saingi kasih sayang Allah pada awak. Selamat tinggal, sayang."

Wajah Izmeth yang sedang tersenyum manis di skrin telefon pintarnya dibawa ke dalam pelukan. Suara pujuk rayu, gurau senda, tawa mesra Izmeth terngiang-ngiang di telinganya.

"Ya Allah... sakitnya..." dada disentuh lemah.

Bukan mudah. Tetapi dalam kepayahan Adinda hendak menerima kenyataan ini, dia tetap kuatkan diri biar dalam keterpaksaan. Sudah sebulan Izmeth pergi. Sepanjang sebulan itu juga hidupnya bagaikan tidak lengkap.

Dia kehilangan seorang kekasih dan seorang pelajar kegemarannya. Sukar. Tiap pagi, celik matanya tiada lagi ucap selamat pagi dari Izmeth. Tiap malam, sebelum pejam matanya hanya ditemani air mata, bukan lagi suara dodoi Izmeth.

Saya doakan awak bahagia dekat sana, Iz.

Sepotong ayat ditulis di atas kertas lalu dilipat-lipat kecil sebelum dimasukkan ke dalam satu jar. Rutinnya jika bersedih adalah menulis perasaannya atas sehelai kertas lalu dimasukkan ke dalam jar tersebut. Tidak pernah dia sangka bahawa perihal Izmeth juga akan berada dalam jar itu.

Izmeth, seorang yang membahagiakan... kini tiada.

Hendak dia nangis. Tetapi sampai bila hendak dia meratapi. Biarlah. Walau buta sekali pun dia berendam air mata, Izmeth tidak akan pulang menyambut kasihnya yang tergantung.

"Dinda." Seru Atiq. Dari jauh dia nampak Adinda yang berjalan longlai. Tiada semangat.

"Ya?" Adinda lempar senyum yang jelas dibuat-buat.

"Petang ni ada mesyuarat dengan dekan fakulti. Kau tahu, kan?" Soal Atiq sekadar mahu menegur Adinda. Serba salahnya hati dia, hanya Allah yang tahu. Kalau dia cepat sedikit, pasti Izmeth masih bernyawa. Kalau dia cepat bawa Izmeth ke hospital, pasti Izmeth masih punya harapan lagi.

"Oh. Tahu." Jawab Adinda pendek.

Atiq senyum hambar. Tengkuk digaru.

"Ahh. Okay. Nanti kita gerak sekalilah."

"Okay. Aku pergi dulu. Ada kelas."

"Er. Okay. Pergilah."

Adinda berjalan longlai ke kelas di bangunan sebelah. Fikirannya tidak tenteram. Masih bersedih. Jauh dalam hatinya masih berharap yang ini semua adalah mimpi. Kelas yang akan dia masuki sebentar lagi adalah kuliah Izmeth. Selalunya kelas ini yang paling dia tunggu-tunggu, tetapi hari ini...

Ya Allah.

Telapak tangan dibawa ke dada bersama zikir di bibir.

"Ya Allah, bahagiakanlah Izmeth." Bisik Adinda perlahan.

Masuk sahaja Adinda ke dalam bilik kuliah, semua pelajarnya sedang buat kerja sendiri. Bilik kuliah senyap. Kebiasaannya bilik kuliah ini akan dipenuhi dengan hingar-bingar mereka. Barangkali mereka juga terasa dengan pemergian Izmeth.

"Morning, cik." Ucap seorang pelajar perempuan berbangsa Cina, Mel. Mulutnya dihiasi senyuman. Mel merupakan kawan Izmeth. Rapat juga. Mana-mana kumpulan assignment Izmeth pasti akan ada dia.

Adinda balas senyuman Mel. "Morning."

Pendrive dicucuk ke laptop bilik kuliah. Slide nota kuliah dibuka.

"Assalamualaikum, semua. Kita sambung lecture minggu lepas ya. Tapi, sebelum tu, ada sesiapa yang nak saya recall balik lecture last week?"
Satu pelajar lelaki angkat tangan.

"Ya, Khawariz? Awak nak saya recall?"

"Kami semua nak tengok cik gembira semula." Ucap Khawariz tanpa diduga Adinda. Tersentak Adinda. Sebaknya datang.

"Terima kasih. Saya pun harap awak semua boleh terima kenyataan. Biar pun sakit."

"We will be there when you need us, miss." Celah Mel. Adinda terharu.

"Thank you." Adinda berpaling membelakangkan para pelajarnya apabila air matanya mula menitis. Air mata diseka sebelum berpusing semula.

"Alright. Kita start lecture."

Malam nanti rumah Atiq akan mengadakan kenduri doa selamat untuk ibu dan ayah Atiq yang akan menunaikan umrah minggu hadapan. Adinda seperti biasa akan datang sebelum kenduri bermula. Biasalah, orang penting. Dia juga sudah dianggap adik-beradik oleh abang-abang dan adik-adik Atiq.

"Dinda. Boleh tolong tak?"

"Tolong apa, Kin?"

"Tolong sambung kupas bawang ni kejap. Mata Syikin dah sakit." Mata Syikin berair-air. Galak Adinda ketawa melihat Syikin yang bagai tidak tentu arah.

"Pergi basuh kaki biar hilang pedih mata tu. Ni meh Dinda sambung."

Syikin pergi ke bilik air membasuh kakinya. Entah teori apa, tetapi orang tua-tua kata kalau mata pedih dek potong bawang, dengan membasuh kaki boleh meredakan pedih mata. Sahih atau tidak, tidak dapat disahkan. Tapi selalunya berjaya hilangkan pedih mata dengan membasuh kaki. Syikin kembali setelah matanya pulih.

"Terima kasih, Dinda. Bak Syikin sambung balik."

"Eh tak apalah. Tinggal sikit dah ni. Alang-alang. Ni, Atiq mana? Tak nampak batang hidung pun."

"Pergi jemput kawan dia kat KLIA. Baru balik dari Indonesia rasanya."

"Kawan dia yang mana?"

"Entahlah, Dinda. Syikin pun tak dengar sangat siapa nama kawan dia tadi. Az... eh. Izzat rasanya. Hm entahlah."

Ligat tangan yang mengupas bawang terhenti. "Aazad?" Syikin dipandang. Syikin seperti berfikir-fikir.

"Hm. Aazad... rasanyalah. Yang pastinya adalah zat zat kat belakang nama tu."

Mendengarkan itu, terbit keluhan dari mulut Adinda.

"Kenapa, Dinda? Dinda kenal ke?"

"Eh. Taklah. Tanya je."

"Masuklah dulu, bro. Tapi ibu dengan ayah aku tak ada ni. Keluar jap beli barang lagi sikit." Atiq sudah bersedia untuk keluar.

"Parents kau tak ada macam segan pulak aku nak masuk."

"Eh menyampahnya aku dengar. Jom jelah. Rumah aku je pun."

"Siapa ada tu?"

"Macam biasalah. Abang aku, adik aku, bini aku. Ha! Dinda pun ada."

Aazad teruja mendengarnya namun dia kawal raut wajahnya sebaik mungkin. "Apa dia buat kat sini?"

"Elelele, janganlah buat-buat tanya. Kau excited kan sebenarnya? Biasalah dia, kenduri rumah aku mesti datang awal. Jomlah."

Syikin senyum sejenak mendengar soalan tiba-tiba Adinda. Adinda bertanyakan dia soalan seperti itu, sedangkan dia juga bukannya baik sangat.

"Macam mana kita nak reda dengan masa lalu kita eh?"

Soalan Adinda.

"Kenapa? Adinda tak reda dengan masa lalu Adinda?" Syikin menjawab soalan Adinda dengan soalan. Adinda senyum hambar.

"Sort of." Tidak reda dengan apa yang Aazad buat dahulu. Aazad tipu dia. Aazad kata dia sakit. Separuh mati Adinda tika itu memikirkan Aazad sakit apa dan di hospital mana. Aazad-- kekasih pertamanya. Itu kali pertama dia rasa bercinta, dan dia memang betul-betul sayangkan Aazad. Tapi... tup-tup kantoi yang Aazad sihat walafiat. Malah dia dikejutkan lagi dengan kehadiran seorang perempuan baru dalam hubungan mereka, Husna. Alasan Aazad, dia rimas dengan Adinda. Adinda mulut laser, Adinda tak boleh berenggang dengan dia. Ingat Adinda buat tu semua saja-saja? Sejak Aazad dinaikkan pangkat, lelaki itu mula berubah. Telefon dia pun jarang-jarang, apatah lagi hendak berjumpa. Sebabkan itulah Adinda sahaja yang beriya-iya mencuba perbaiki hubungan mereka. Adinda telefon Aazad, tidak berjawab. Adinda hantar mesej, tak berbalas. Tiba-tiba Aazad kata dia sakit untuk mengelakkan diri dari Adinda. Sedangkan jika Aazad putuskan hubungan mereka dengan baik, besar kemungkinan Adinda boleh terima dengan baik. Tapi Aazad penipu!

Dia tidak reda dengan pemergian Izmeth. Walau dia cuba terima kenyataan yang Izmeth sudah tiada, tetapi hatinya masih pilu. Dia masih berharap Izmeth akan pulang mendakap dia. Adinda kerap kali mendoakan kesejahteraan Izmeth di sana, dan tiap kali itu hatinya bagai dirobek-robek rakus. Lebih lagi fikirannya asyik terbayang bagaimana Izmeth yang tercampak ke udara dan terhempas kuat ke jalan tar depan matanya. Izmeth yang terdesak menyedut udara-- semuanya menyakitkan hatinya.

"Dinda kena cari kebaikan sebalik segalanya. Kata mudah, hikmah. Buruk apa pun dugaan yang Dinda terima, mesti ada hikmah."

"Dinda tak jumpa apa hikmahnya." Adinda menjawab perlahan. Kesalnya dia, ya Allah. Dia seperti meragukan takdir Allah tetapi, itulah yang dia rasakan sesebenarnya.

"Syikin mungkin tak dapat beri pandangan terbaik untuk Dinda. Tapi Syikin cuma boleh beritahu, kita sebagai hamba tak boleh ego dengan Allah. Walau kita rasa kita layak miliki sesuatu perkara, tidak bermakna perkara itu akan menjadi milik kita. Allah itukan adil. Dan adil itu bermaksud meletakkan sesuatu perkara pada tempatnya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Dinda, untuk reda, kita tak boleh ego tau. Sebab ego dan reda tidak sesuai walau untuk diletak dalam satu ayat pun."

"Dinda rasa Dinda teruk, Syikin. Dinda dah cuba terima kenyataan, tapi susah betul."

"Good things take time. Dinda nak berubah lebih baik, mesti ambil masa. Mesti banyak dugaan. Tapi Dinda kena sabar. Tak boleh putus asa. Tak apa, kalau Dinda rasa tertekan or need a shoulder to lean on, Syikin ada. Okay?" Belakang Adinda diusap lembut. Adinda mengangguk.

"Thanks, Syikin."

"No sweat. Kalau lelaki ada brotherhood dia orang, kita yang perempuan pun ada sisterhood." Seloroh Syikin tanpa menyedari Adinda yang terkedu.

Brotherhood.

Atiq... Izmeth...

"Yang! Oo yang!" Terhenti perbincangan Adinda dan Syikin. Jeritan Atiq kedengaran memanggil Syikin.

"Balik dah. Jap ye, Dinda." Syikin terus ke ruang tamu menyambut kepulangan suaminya. Adinda senyum sahaja. Ada masa, bila dia fikir-fikir, dia rasa dia sudah terima segala ketentuan untuknya. Kerana dia masih boleh melihat Atiq bahagia dan dia masih ada para pelajarnya yang silih berganti. Tetapi ada masa, semuanya kembali mencucuk menyakiti.

"Assalamualaikum."

Adinda letak ulasan bawang yang terakhir ke dalam timbunan bawang yang sudah dikopek lalu dia mendongak memandang manusia yang memberi salam.

Lelaki.

Kau orang mesti dapat agak siapa.

Nasib baik Adinda dah selesai dengan tugasan mengupas bawangnya. Salam Aazad dijawab dalam hati sahaja. Wajah Aazad sudah tidak dipandang. Adinda bangkit bersama bakul berisi bawang lalu dibawa ke sinki untuk dibasuh bersih.

"Atiq ada beli buah-buah tadi. Dia suruh bagi awak." Beritahu Aazad. Buat tidak peduli walau salamnya tidak bersambut.

"Letak jelah kat situ." Jawab Adinda malas.

"Letak mana?"

"Atas meja tu." Adinda tidak menoleh.

"Mana? Meja penuhlah." Aazad sengaja.

Paip air ditutup seraya mengeluh kuat. Memang dia mahu Aazad dengar. Sebaik dia berpusing ke belakang, wajahnya betul-betul menghadap dada Aazad. Cepat Adinda mengundur ke belakang namun belakangnya tersekat di sinki.
Aazad tayang sengih.

"Hai."

"Hai kepala hotak kau." Terus Adinda ingin menyelit ke kanan Aazad. Namun Aazad bergerak ke kanan, menghalang Adinda. Adinda bergerak ke kiri pula, Aazad juga ke kiri.

"Aku jerit panggil Atiq nanti!" Ugut Adinda.

"Kenapa panggil Atiq? Mana pakwe awak yang hari tu? Dah putus? Mesti dia pun tak tahan dengan mulut awak, kan?"

"Atiq!!!" Jerit Adinda sekuat hatinya. Aazad kelihatan terkejut melihat Adinda menjerit. Dia ingatkan Adinda hanya mahu mengugut.

"Kenapa, Dinda?!" Kalut kedengaran suara Atiq dari arah ruang tamu.

"Atiq dah nak datang. Ke tepilah. Kau tak nak kan aku cakap dekat Atiq yang kau buat sexual harrasment kat aku?" Sindir Adinda. Dengan perlahan Aazad berganjak ke tepi dan Adinda hadiahkan senyum kemenangan pada Aazad. Padan muka!

"Kenapa, Dinda? Ada apa?" Cemas muka Atiq.

"Hm. Aku nak tanya, buah-buah ni nak pakai tray rumah ni ke nak pinjam tray katering?"

"Nak tanya tu je ke? Kau boleh tak jangan buat aku cemas? Aduh..." Jantung yang berdegup laju tadi kembali berdegup normal. Terimbau semula peristiwa malam Izmeth kemalangan, Adinda menjerit-jerit memanggilnya. Seperti tadi.

"Ala, sorry. Tak sangka terkuat sangat pulak suara aku tadi." Matanya melirik ke arah Aazad. Lirikan kemenangan.

"Tray rumah je."

"Okay." Adinda keluarkan buah-buah dari dalam beg plastik.

"Ha kau, Zad. Tercegat apa kat situ?"

"Er... nak basuh tangan jap."

"Okay. Jom pergi depan. Tolong pasang khemah."

"Alright. Kau gerak dulu."

Atiq masih tegak di gerbang dapur. "Tak apa. Aku tunggu." Adinda lega. Tadi apabila Aazad suruh Atiq pergi dulu, hatinya berdebar. Namun Atiq seperti memahaminya pula kali ini.

"Kau bukan tak kenal Adinda macam mana orangnya. Kalau kau approach dia dengan kasar, paksa, memanglah dia lari. Lagi pun... kau lupa ke apa yang kau buat kat dia dulu? Kalau aku jadi Dinda pun, tak hingin aku nak terima orang yang dah curang dengan aku. No second chance. Kau kena layan dia baik-baik. Apa pun keputusan dia, kau kena hormati sebab tu bukti yang kau hormatkan dia.."

Sebabkan kata-kata Atiq itulah dia sudah tercegat di hadapan rumah Adinda pagi-pagi Isnin begini. Ada lebih kurang 40 minit sebelum jam lapan pagi, sebelum dia masuk pejabat.

"Kau lupa ke apa yang kau buat kat dia dulu?"

Satu.

"Kalau aku jadi Dinda pun, tak hingin aku nak terima orang yang dah curang dengan aku."

Dua.

"No second chance."

Tiga tembakan di hatinya. Kata-kata Atiq seperti menakut-nakutkan dia. Tak, tak. Dia tidak akan persiakan Adinda untuk kali kedua.

"Assalamualikum." Ucap Adinda. Apa Aazad buat kat sini?

Aazad tersedar dari congakan nasib akan datangnya. Entah bila Adinda keluar dari rumah, tahu-tahu sahaja sudah tercegat depan mata.

"Waalaikumsalam. Er... Dinda..."

"Kau buat apa kat sini?"

"Ah... saje. Awak nak pergi kerja ke? Jom, saya hantar?" Pintu penumpang belah kiri dibuka semerta. Bercantum kening Adinda melihat Aazad yang baik benar pula hari ini. Dahlah tiba-tiba sahaja muncul depan rumahnya yang entah dari mana Aazad dapatkan alamat.

"No, thanks. Aku drive sendiri. Aku gerak dulu." Adinda melintasi Aazad.

"Dinda! Jomlah saya hantar awak hari ni. Teringin nak tengok tempat kerja awak." Aazad memujuk. Adinda terus berjalan tanpa menoleh. Tangan dilambai sebagai isyarat "tidak mengapa".

"Apa pun keputusan dia, kau kena hormati." Suara Atiq terngiang lagi.

"Sabar, Zad. Kau kena hormat keputusan dia." Ujarnya memujuk diri sendiri.

"Izmeth meninggal atas riba dia. Kalau aku cepat sikit malam tu, mungkin Izmeth hidup lagi. And maybe, Adinda tak kan kehilangan orang yang dia sayang. Zad, aku tolong kau dekat dengan dia sebab aku percaya kau boleh bahagiakan dia semula. Jangan hancurkan kepercayaan aku."

Pukul 12.45 tengah hari, Adinda terima satu panggilan dari Aazad. Aazad ajak dia lunch sama-sama. Bercantum jugak kening Adinda mengenangkan Aazad yang aneh hari ini. Kalau Adinda ini Adinda yang dulu, yang cintakan Aazad, sudah pasti dia akan terima semua ajakan Aazad.

"Jom, lunch. Tak, bukan kita dua je. Saya ajak Atiq sekali." Aazad.

Tiba-tiba, pintu bilik Adinda yang terbuka luas diketuk dari luar.

"Dinda, jom lunch. Aku nak bawak kau pergi kedai nasi ayam yang paaaaaaling meletop. Jom?"

"Kita berdua je?" Tanya Adinda menduga. Atiq seperti berfikir-fikir. Nak menipulah tu!

"Jangan tipu, Tiq." Tegah Adinda. Tersengih Atiq mendengar amaran Adinda.

"Erm... bertiga. Jom?"

"Takpelah. Aku puasa."

"Tapi tadi kau breakfast!"

Adinda tayang gigi. "Tadi tu sahur." Adinda tatap laptopnya semula.

"Janganlah main-main, Dinda. Jomlah." Kerusi di hadapan Adinda diduduki. "Kali ni aku ada dengan korang. Aku promise tak tinggalkan kau berdua dengan dia."

"Hari tu kau promise, tapi kau mungkir."

"Ala, tu kan dah berbulan. Sorrylah. Lepas ni aku tak tipu kau, aku tak mungkir janji dah."

Matanya mengecil memandang Atiq.

"Betul tak tipu aku lagi?"

"Betul!"

"Hm yelah. Jom."

"Thanks, Dinda."

"No thanks. By the way, kenapa kau macam bersungguh-sungguh sangat eh?"

"Bersungguh apa?" Atiq pura-pura tidak faham dengan apa Adinda perkatakan. Telefon bimbit dibawa keluar dari poket.

"Bersungguhlah... macam... nak aku berbaik dengan kawan kau tu."

"Ha Zad, okay-okay. Aku dengan Dinda on the way. Alright, tunggu jap." Telefon yang memang tidak menerima apa-apa panggilan dari Aazad itu diletakkan atas riba.

"Jom, Dinda. Aazad dah sampai."

"Kau ni kan..." Adinda ketap gigi. Bukan dia tidak perasan skrin telefon Atiq yang dilekap di telinga tadi dihiasi dengan aplikasi Instagram.

And guess who is again get back with Aazad? Ya, Adinda. Kenapa tiba-tiba? Tidaklah tiba-tiba sangat. Semenjak Atiq temankan Aazad makan bersama Adinda, hubungan mereka bertambah baik.

Pesanan-pesanan Syikin berlegar-legar menemani kehidupan Adinda. Dia tidak boleh ego untuk reda. Lagi pun siapa yang tidak pernah membuat kesalahan walau kesalahan itu adalah pilihan dan bukannya tanpa niat? Ramai yang pernah. Kita pun pernah. Dan, siapa pula kita untuk menggantungkan kemaafan buat orang lain?

Kita, bukan siapa-siapa.

Atas konsep ingin meredakan, serta mahu surutkan egonya-- Adinda maafkan Aazad. Dia juga mahu teruskan kehidupan dengan bahagia tanpa perlu mengingati perihnya kepergian Arwah Izmeth. Jadi Adinda perlu mencuba.

"Saya sayang awak tau, Dinda. Insya-Allah esok saya akan sahkan awak dengan sekali lafaz je."

"Hm." Itu sahaja jawab Adinda.

"Hm je?"

"Tu je lah. Kau nak apa lagi? Good luck wish?"

"Hmmm. Bila nak guna panggilan manja sikit dengan saya?"

"Bila kita kahwin?" Tanya Adinda. Suka betul balas soalan dengan soalan.

"Esok." Jawab Aazad lurus.

"So esoklah aku start manja-manja. Eh dahlah. Aku ngantuk ni. Esok nak jadi bini kau pulak. Bye, assalamualaikum." Talian dimatikan serta-merta.

Aazad cinta pertama dia. Insya-Allah juga cinta terakhir dia seiring cintanya yang kekal untuk Tuhan Yang Esa.

Seperti cerita pendek klishe, kisah Adinda berakhir dengan kebahagiaan. Dan biarlah kebahagiaan yang menjadi epilog ceritanya, agar tiada yang mempersoalkan di mana bahagia untuk Adinda.

Sekian.

Eh kejap!

Buat yang terfikir ke mana perginya Husna, jawapannya adalah...

Husna tiada.

Dan jika ada yang tertanya mengapa Aazad bukan dengan Husna di hujung cerita, aku rasa jawapan yang paling tepat adalah...

"Jodoh itu di tangan Allah. Baik mana kita rasa manusia yang kita pilih untuk jadi pasangan kita, belum tentu dia yang terbaik untuk kita. Dan Adinda adalah yang paling baik untuk Aazad. Jadi... happy ending!"

TAMMAT.